Alangkah terkejutnya apabila seorang ahli jawatankuasa surau di Kampung Permatang telah menemui seorang bayi baru lahir yang berbalut kain di kawasan semak di belakang surau di Setiawan, Perak pada petang Sabtu.
Berita ini menjadi perbualan ramai bermula semalam apabila orang yang menjumpai bayi lelaki tersebut sudah membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dilakukan.
TANGISAN BAYI BARU LAHIR DALAM SEMAK DISANGKA BUNYI ANAK ANJING
Perkongsian asal dari Encik Mohd Sabri Md Saad dari di laman Facebooknya mengundang kejutan seperti apa yang terjadi kepada dirinya. Tanpa disangka, masih tergamak manusia di zaman kini membuang anak sendiri di tempat sedemikian.
“Binatang pon sayang anak..Petang yang memilukan aku. Balik dari tebang batang pisang, singgah pondok nak hantar besen dan ambil periuk majlis semalam di pondok. Nampak Encik Rahim dan Pak yeop di belakang tandas surau Al khairiah Kg Permatang sambil mengendap area semak sana,”
“Tiba-tiba depa pangil “Ustaz mai sat…kami dengaq suara budak”. Bukan kot kataku, belakang tu kerap ada anjing, anak anjing kot. Hamba pun tengok sambil mengendap pelan-pelan sebab takut anjing. Tengok-tengok anak orang! Allah, terus ketaq kaki tangan. Sanggup lempaq buang anak dalam semak macam tu. Ya Allah…kau ampankan dosa mereka serta beri hidayah dan taufiqmu..”
Menurut laporan Harian Metro, AJK surau tersebut mendengar bunyi tangisan bayi dari arah kawasan semak di belakang surau itu ketika sedang membersihkan sekitar kawasan berkenaan.
BAYI CUKUP SIFAT…
Malah difahamkan, bayi lelaki tersebut ditemui dalam keadaan cukup sifat dan bayi itu dipercayai telah ditinggalkan di dalam semak itu beberapa jam awal. AJK surau tersebut kemudiannya telah menghubungi pihak polis untuk membuat laporan dan bayi kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.
“Siasatan polis mendapati bayi lelaki itu ditinggalkan dalam semak dengan dibaluti kain lalu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” kata polis.
Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman iaitu Ketua Polis Daerah Manjung mengatakan kes bayi itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, ibu bayi lelaki itu juga sedang dikesan oleh polis. Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222
Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!
Sumber: Harian Metro, Mohd Sabri Md Saad