Mendidik dan lembutkan hati anak untuk menerima segala ilmu yang disampaikan oleh ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Ada anak yang mungkin boleh dilentur semudah ABC, ada anak juga yang mengambil masa lama untuk dilembutkan.
Oleh itu, amalan doa yang datang dari mulut ibu bapa adalah sangat penting terutamanya ketika menyediakan makanan kepada mereka. Jadi, amalan doa dan zikir khas ini boleh dimulakan dahulu ketika membasuh beras dan aktiviti memasak seterusnya. Mudah sahaja, di bawah merupakan perkongsian zikir dari Ustaz Mohammad Asraff.
Baca juga: Anak Usia 2 Tahun WAJIB Tahu 5 Perkara Ini, Kalau BERJAYA Buat Syabas Buat Ibu Ayah!
CARA NAK LEMBUTKAN HATI ANAK, BACA ZIKIR INI KETIKA BASUH BERAS
Baca zikir ini ketika masak nasi untuk anak, niatkan agar lembut hatinya rajin belajar. Petua yang tok guru pondok kongsikan. Semoga anak kita berjaya dan hidup dalam ketaatan.
Menurut Ustaz Mohammad Asraff Ayob yang berjumpa dengan Tok Guru di Kedah, “Anak kita merupakan anugerah yang dibaluti ujian. Allah nak tengok kita sabar ke tidak. Kalau kita tahan, insyaAllah Tuhan satukan semua di syurga,”. Tok guru sempat berkongsi petua untuk lembutkan hati anak. Pesannya, ketika ibu basuh beras untuk dimasak, ulangi zikir ini :
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ
Allahu latifum bi ‘ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul ‘aziz’
Maksudnya: “Allah Maha lembut terhadap hamba-hambanya-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah Asy-Syura: ayat 19)
Ini zikir pelembut. Di dalamnya ada disebutkan asma Tuhan ’Al-Latif’. Kita bertawasul dengan asma’ Allah yang Maha Agung agar anak lembut hati mudah menurut kata dan rajin belajar, sepertimana keajaiban beras yang lembut menjadi nasi apabila dimasak.
Hati anak ini, bukan kita yang pegang, bukan cikgu yang pegang. Bukan ustaz yang pegang hatta bukan motivator yang pegang tapi Allah SWT yang ’pegang’. Semoga dengan doa ini, Tuhan lembutkan hatinya. InsyaAllah segala yang diserahkan kepada Tuhan akan berakhir dengan kebaikan. Semoga zuriat kita membesar dalam ketaatan…
*Semoga boleh diamalkan dan jangan basuh beras ‘kosong’ sahaja ya!
Baca juga: Nak Bersama Tapi Tak Jumpa ‘Lubang’, Perawat Perubatan Islam Dedah Kisah Pasangan Terkena Sihir!