Dapur

Cara Kurangkan Kandungan Racun ‘Arsenik’ Dalam Nasi, Ini Jadi Punca Berat Tak Turun!

10
SHARES
arsenik

Ramai yang tertanya-tanya tentang cara pengambilan nasi setiap hari supaya dapat menstabilkan berat badan. Ada yang sudah kurang ‘portion’ nasi yang diambil tapi masih berdepan dengan masalah berat badan serta gangguan sistem pencernaan. Rupa-rupanya, anda terlupa untuk kurangkan kandungan ‘arsenik’ dalam makanan tersebut.

Apakah itu arsenik dalam makanan? Berikut merupakan penjelasan tentang apakah itu arsenik dan cara untuk hilangkan dalam makanan terutama sekali beras.

Baca juga: Kalau Nak Basuh Beras Jangan Kosong Je, Amalkan 6 Cara Ini & Selit Doa

APA ITU ARSENIK DALAM BERAS DAN CARA NAK KELUARKAN

arsenik

Arsenik (arsenik) ialah unsur semula jadi yang boleh didapati dalam batu, tanah, air, udara, tumbuhan dan haiwan. Sebatian kimia biasanya digunakan oleh petani sebagai racun perosak, baja dan pengawet untuk jenis kayu tertentu.

Secara umumnya, terdapat dua jenis arsenik yang sering dijumpai iaitu organik dan bukan organik.

Arsenik organik: sebatian yang tidak terlalu toksik dan boleh didapati dalam makanan, seperti beras, ikan dan kerang.
Arsenik bukan organik: bersifat toksik dan sering dijumpai dalam tanah, sedimen dan sumber air bawah tanah.

Kebiasaanya dalam beras ada lebih kurang 10 atau 20 kali ganda lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain. Hal ini kerana, padi terendam dalam sawah dan air akan sentiasa bertakung. Ada juga arsenik buatan sebab kena sembur dengan racun serangga.

Tapi jangan risau kerana arsenik ini boleh dihilangkan dan dibuang melalui air. Cara-caranya adalah:

1.Basuh beras sebelum masak.

2.Basuh beras beberapa kali sebelum masak.

3.Rendam beras semalaman sebelum masak merupakan teknik lagi mujarab untuk hilangkan arsenik.

4.Lebihkan air ketika masak nasi kemudian tukar air beras boleh kurangkan 50% kandungan arsenik.

5.Kalau nak guna semua cara di atas lagi bagus dan mujarab untuk hilangkan kandungan arsenik!

arsenik

*Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kering Macam Nenek Ajar, Bangkitkan Nostalgia Zaman Dulu!

Sumber: Tiktok @fatenaqeela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×