Dapur

Kalau Nak Basuh Beras Jangan Kosong Je, Amalkan 6 Cara Ini & Selit Doa

554
SHARES
cara basuh beras

Nasi merupakan makanan wajib dihidangkan di setiap rumah dan dikategorikan sebagai makanan ruji. Sudah pasti anda tahu bahawa terdapat beberapa adab dalam Islam tentang cara basuh beras sebelum dimasak. Petua ini juga bukan sahaja boleh menjadikan beras yang dimasak semakin sedap dimakan, malah beras yang dibasuh beserta doa ini juga dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih diberkati.

Oleh itu, jangan dibiarkan basuhan itu kosong sahaja, apa kata selit doa-doa yang disarankan di bawah.

Baca juga: Dr. Kongsi Cara Pilih Telur Untuk Yang Ada Masalah Kulit & Kolestrol 

CARA BASUH BERAS, JANGAN KOSONG JE BOLEH SELIT DOA

cara basuh beras

Ingatkan diri sendiri balik. Kadang dah siap basuh beras, baru teringat tak baca apa apa. Nampak simple je, tapi besar ganjarannya. Rugi tak buat. Doa ibu kan makbul. Masa masak nasi, kita letakkan niat yang baik nak semua ahli keluarga dalam rahmatNya. InshaaAllah nasi yang kita makan bukan sekadar untuk kenyangkan perut, tapi juga untuk sihatkan badan, hati dan fikiran seisi keluarga yang memakannya.

Biasa kita basuh dan bilas beras 3 kali kan? Boleh ikut tips ni. InshaaAllah tak lupa.

1. Basuhan pertama baca Al-Fatihah.

cara basuh beras

2. Basuhan kedua baca Selawat 7 kali.

3. Basuhan ketiga baca Al-Ikhlas

cara basuh beras

4. Akhir sekali dah letak air, sebelum tutup periuk nasi tu, baca doa ni.

Laysa Lahaa Min Duunillaahi Kaasyifah (Tidak ada penyembuh selain dari ALLAH)

5.Basuh guna tangan kanan.

6.Kacau arah lawan jam, arah pusingan tawaf.

cara basuh beras

Nak diri sendiri, anak atau pasangan lembut hati boleh tambah baca zikir Ya Latiif juga. Semoga bermanfaat. Diizinkan share untuk manfaat keluarga yang lain. InshaaAllah.

Sumber: Hazie Kosnin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×