Dapur

Peminat Ikan Keli Kena Tahu Cara Nak Hilangkan Hanyir & Lendir Sebelum Masak, Barulah Sedap!

33
SHARES
cara hilangkan hanyir keli

Ikan keli atau dikenali juga sebagai ikan lele merupakan antara jenis ikan air tawar yang menjadi kegemaran ramai. Sangat enak apabila dimasak dalam apa jua jenis hidangan, ikan keli juga sangat sedap jika hanya digoreng dan dimakan bersama nasi panas berserta sambal belacan. Boleh tambah dua pinggan nasi! Namun, ia juga digeruni bagi sesiapa yang tidak tahu cara hilangkan hanyir keli dan lendirnya sekali yang menyebabkan minyak meletup semasa menggoreng.

Oleh itu, buat peminat ikan keli semua, berikut merupakan cara yang betul untuk anda hilangkan hanyir serta lendirnya sekali supaya tidak ada bau yang kurang menyenangkan ketika menjamu selera.

CARA HILANGKAN HANYIR KELI DAN LENDIR SEKALI, SENANG NAK MASAK

1.BUANG URAT PUTIH

cara hilangkan hanyir keli

Ini adalah ikan keli yang telah dipotong & dibuang isi perutnya.

Namun ada bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh. Paling penting kawasan insang dan darah di bawah tulang dalam perut kerana kawasan inilah terdapat darah beku. Jika dperhatikan dengan betul,  ada jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar dan bersihkan.

cara hilangkan hanyir keli

2. ADA KELENJAR TEPI SENGAT

cara hilangkan hanyir keli

Rupa-rupanya, kelenjar yang terletak di sebelah sengat juga merupakan penyumbang kepada bau hanyir pada keli. Hanya picit keluar kedua-duanya di bahagian kiri dan kanan. Bersihkan hingga sebersih-bersihnya.

3. RENDAM IKAN

cara hilangkan hanyir keli

Untuk menghilangkan bau hanyir, ikan keli perlu direndam pula dengan buah-buah citrus seperti limau, lemon, belimbing buluh, asam gelugur dan asam jawa. Namun begitu, ada juga yang tertanya-tana sama ada berhasil atau tidak jika menggunakan tepung gandum?

Untuk pengetahuan anda, penggunaan tepung bukan untuk menghilangkan hanyir tetapi untuk membuang lendir pada ikan yang menyebabkan minyak meletup semasa menggoreng. Caranya mudah sahaja, rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih dan boleh dimasak!

Selamat mencuba dan selamat makan ikan keli!

Sumber: Arbi Mohd Arbi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×