Sebut sahaja ikan goreng, pasti akan terbayangkan kerangupan di luar dan isi yang lembut di dalam makan bersama nasi putih panas bukan? Merupakan menu yang mudah dan simple, namun tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu untuk menggoreng ikan seperti apa yang mak mak di kampung buat. Tapi macam mana cara goreng ikan untuk jadikan rangup tu!
Jadi, ini tips teknik goreng ikan sedap dan rangup macam mak di kampung buat dan anda boleh cuba. Mesti menjadi!
Baca juga: Resepi Pasta Carbonara ‘World Class’ Di Rumah, Sos Tak Guna Tepung Jagung!
CARA GORENG IKAN SUPAYA RANGUP DAN SEDAP MACAM DI KAMPUNG
Masak-masak ni senang je…nok makang sedak kena rajeng…Ke guane sekmung..
BAHAN-BAHAN
1.5 ulas bawang merah
2.4 ulas bawang putih
3.2 inci kunyit hidup
4.5 sdb cili kisar
5.3 sdb garam halus
6.Belacan skit ( optional )
– Tumbuk garam halus, belacan dengan kunyit hidup hingga lumat lepas tu tumbuk bawang merah dan bawang putih tak lumat sangat pun takpe
– Msukkan cili kisar dan gaul sebati lepas tu masukkan dalam bekas bertutup nak guna boleh ambik sikit-sikit.
– Lumur ikan dan perap kejap lepas tu baru goreng
– Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan…
Selamat mencuba!
Sumber: Ummi Hana