Dapur

Resepi 6 Jenis Pes Masakan Homemade WAJIB Buat & Simpan Dalam Peti Sejuk, Senang Masak!

49
SHARES
pes homemade

Memasak di rumah ternyata bukanlah perkara yang mudah bagi semua orang. Ada yang perlu meneliti resepi terlebih dahulu, ada yang ingin masak menu yang senang dan ada juga yang boleh masak apa sahaja jenis makanan. Namun, tidak kira anda berada di dalam kategori yang mana, salah satu bahan yang wajib ada di rumah adalah pes homemade.

Apabila anda dah siapkan beberapa jenis pes masakan homemade ini, proses memasak di rumah pun akan jadi mudah dan cepat. Tak payah nak belek-belek buku resepi lagi!

Baca juga: Resepi Gulai Kaki Ayam Kelantan Atau ‘Gulai Kopeh’ Paling Sedap, Tulang Kaki Ayam Lembut!

6 RESEPI PES HOMEMADE WAJIB SIMPAN DEKAT RUMAH, SENANG NAK MASAK!

1.Pes Gulai Ikan

resepi pes homemade

-Tumis bawang merah dan bawag putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.

– Masukkan bahan blender- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering.

– Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. (Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya.

2.Resepi Pes Ikan Bakar

resepi pes homemade

-2 inchi lengkuas
-3 inci halia
-5 batang serai
-8 biji bawang merah
-1 biji bawang holland
-1 sudu udang kering @ jika tak ada guna belacan
-8 bj cili padi. – boleh tambah kalau nak lg pedas berapi
-3 bj cili merah
-3 helai limau purut

1. Blend semua bahan sampai lumat.

2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.

3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping, Tumis sampai pecah minyak.siapp.!

Nak bakar ikan, lumur je atas ikan tu, letak dalam aluminium foil. Balut bagi kemas Bakar atas dapur. Udang dan sotong pun sesuai jugak.**tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.

3.Resepi pes bakso

resepi pes homemade

Kalau nk buat bakso, boleh try resepi ni untuk perencahnya.

Bahan-bahan

– Buah keras 5 biji
– Bawang kecik merah 8 biji
– Bawang putih 6 ulas
– Bawang merah besar 1 labu
– Serbuk ketumbar 5 sudu besar

Kisar halus semua bahan di atas. Panaskan minyak & tumis semua bahan hingga terbit minyak .. siapp!

4.Pes sambal hijau

resepi pes homemade

Ni resepi sambal hijau keluarga hani:

-cili padi hijau banyak-banyak
-bawang merah
-tomato
-ikan bilis

Cara memasak

– Kisar bawang merah dan cili padi sampai hancur, masukkan air (guna food blender biasa je) dah hancur bawang merah dan cili padi, masukkan tomato dan ikan bilis, tekan pengisar dua tiga kali je. Kisar kasar. Supaya ikan bilis dan tomato separa hancur.

-Tuang semua dalam minyak panas, tunggu sampai air kering dan pecah minyak. Lagi lama masak lagi sedap. Api sederhana dan perlahan je, jangan lupa perasakan garam gula semua masa ni ya.

5.Pes pecal

resepi pes homemade

Bahan-bahan

-1 cawan kacang tanah
-5 tangkai cili kering atau lebih – nak pedas lagi tambah cili padi
-4 biji bawang merah – hiris
-2 ulas bawang putih – hiris
-1 inci belacan
-1 sudu besar asam jawa biji
-3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
-Garam

Cara-cara

1.Goreng kacang tanah. Kemudian toskan minyaknya.

2.Goreng pula cili kering (jika suka buang biji) dan cili padi (belah dua). Jangan terlalu lama takut cili kering hangit. Toskan.

3.Kemudian goreng bawang, belacan, asam jawa dan juga biji cekur. Toskan.

4.Tumbuk kacang tanah hingga separa lumat. Ketepikan.

5.Tumbuk pula cili kering, bawang, belacan, asam jawa (buang biji) dan juga biji cekur yang telah digoreng tadi.

6.Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.

7.Akhir sekali campurkan dengan kacang tanah yang ditumbuk tadi. dan tumbuk lagik agar semua perencah sebati. Simpan dalam bekas atau plastik bersih. Tambahkan air panas bila hendak digunakan.

6.Resepi Pes Thai Chili @ Nam Prik Pao

resepi pes homemade

Kalau anda masuk ke dapur kedai Tom Yam kan, wajib jumpa pes tom yam yang ada gambar perempuan siam tu. Kebanyakan restoran guna brand perempuan ni la sebab katanya masakan lagi sedap dan bila masak tom yam rasa dia betul-betul terangkat.

Sebenarnya boleh je nak buat sendiri. Tak susah pun. Dijamin halal lagi. Dalam bahasa Thai, pes ni kita sebut Nam Prik Pao. Sesuai untuk masak tom yam, masak tumis udang dan sebagainya. Rasa dan aroma dia memang power lah bila dah masak.Jom semak resepi kat gambar.

Bahan-bahan

-12 cili kering
-2 sudu besar udang kering
-12 ulas bwg putih
-6 biji bwg merah
-2 sudu pes asam jawa
-1 sudu sos ikan
-1 keping gula melaka
-1/4 sudu belacan
-1/4 cawan minyak masak

*Selamat mencuba! 

Sumber: Siti Haila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×