Dapur

Resepi Pasta Carbonara ‘World Class’ Di Rumah, Sos Tak Guna Tepung Jagung!

21
SHARES

Sebut sahaja pasta carbonara sudah semestinya menu Barat ini menjadi kegemaran bukan sahaja anak-anak malah orang dewasa juga. Tidak pedas, mengenyangkan dan ‘comfort food’, pasta carbonara ini juga tidak sukar untuk dimasak namun bagi mendapatkan rasa carbonara yang tulen dan sedap, ada caranya yang anda perlu lakukan.

Berikut merupakan perkongsian resepi pasta carbonara ‘world class’ yang anda boleh cuba. Walaupun semuanya dimasak di rumah, namun masih bertaraf restoran antarabangsa tau!

Baca juga: Resepi Mi Segera Guna 3 Bahan, Tanpa MSG & Pengawet!

RESEPI PASTA CARBONARA WORLD CLASS DI RUMAH

Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resepi ni buat sos dia from scratch…tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung! I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung.

Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah..(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit. Apa hasil dia? Sedap gila!

-60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)

-3 biji kuning telur

-3 biji cendawan swiss brown

-2-3sb parmesan cheese

-Sedikit lada hitam

-Beef lean / beef streaky

1.Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu .

2. Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker…tak jadi kalau guna garpu. Lambat…nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan benda alah tu.

3.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.

4. Tumis bawang putih + cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hotdoh ke pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.

5.Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus. Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.

6. Bile air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye. Kalau nak buat untuk anak-anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.

7.Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5sb macam tu. Bancuhan telur tu akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.

8.Hancur kan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula² tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni ye.

Resepi dah ada, cuba dulu buat original sauce. Lepas tu ikut korang lah nak guna sos segera ke, tepung jagung ke tepung ubi ke haha. Yang penting originality tu korang dah tahu ye.

resepi carbonara

NOTAKAKI: Tak salah pun nak guna sos carbonara segera, itu salah satu food solution dalam pasaran untuk memudahkan kerja. Ini hanya tunjuk resepi asli / sebenar sahaja. Jangan kecam / peniaga peniaga kecil kecilan guna sos segera…bukan senang tau nak buat order 30-50pek sekaligus guna method macam ni. Lagipun carbonara original ni best consume upon served. Kalau tapau-tapau nanti dia akan bengkak…sebab dimasak sekali bersama kuah. Kita rai segala cara, cuma tepung jagung tetap dislike! Dislike!

Sumber: Wan Luqman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×