Dapur

Resepi Mi Segera Guna 3 Bahan, Tanpa MSG & Pengawet!

28
SHARES

Sebut sahaja mi segera, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang menggemarinya. Enak dimakan tidak kira waktu, anda juga tahu bahawa mi segera ini tinggi dengan kandungan MSG dan pengawet yang tidak bagus untuk anak-anak. Oleh itu, ada cara yang anda boleh lakukan dengan menyediakan resepi mi segera menggunakan 3 bahan sahaja. Sihat dan sedap!

Baca juga: Resepi Laksa Tomyam, Sekali Hirup Memang ‘Terangkat’!

RESEPI MI SEGERA GUNA 3 BAHAN UNTUK ANAK, TANPA MSG & PENGAWET!

Ramai suka mi megi segera, tak kira peringkat umur. Mudah disedia. Cepat dimasak. Sedap rasanya. Disukai seisi keluarga. Anak saya sekali dia makan, berkali-kali dia minta. Kalau boleh, kita cuba cari pilihan mi segera yang lebih baik untuk keluarga makan, terutama anak-anak.

Elakkan mi segera yang guna perasa tiruan. Elakkan mi segera tinggi MSG. Saya suka guna pes sup, untuk buat mi segera anak. Tambah tomato atau cendawan, untuk beri rasa umami. Seakan MSG semulajadi gitu. Kalau untuk saya dan suami, saya suka masukkan cendawan cincang, bawang putih dan pes balado, kemudian serbuk kari. Fuhhh nikmatnya makan sambil we-time.

Mi segera yang saya guna, hanya dari 3 bahan saja.

1. Air

2. Garam

3. Tepung high protein tanpa peluntur

resepi mi segera

Tanpa pengawet. Tanpa aditif. Tanpa telur. Tanpa MSG. Tanpa pewarna tiruan. Boleh lah sesekali nak makan bila teringin. Bukan untuk dijadikan menu harian tau.

Korang boleh cari je di pasaraya macam Aeon atau Jaya Grocer. Kalau susah jumpa, korang Shopeekan aje. Apa je yang takde katShopee tu kan? Korang scroll je gambar sampai habis, nanti akan jumpa nak cari mi kat mana. Boleh ya, sama-sama kita cuba cari pilihan lebih baik yang sentiasa ada untuk anak-anak dan keluarga.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×