Nur

Bulan Rejab Dah Tiba Di Ambang Tahun Baharu 2025, Buat 13 Amalan Ini Untuk Pahala & ‘Test’ Diri

20
SHARES
amalan di bulan rejab

Nampaknya antara salah satu tarikh atau bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam selain bulan Ramadan telah tiba iaitu bulan Rejab. Hal ini kerana, bulan ini dikatakan sebagai salah satu bulan yang padat dengan waktu mustajabnya doa dan ramai umat Islam berpusu-pusu untuk mengerjakan amalan di bulan Rejab.

Kebetulan pula untuk kali ini, 1 Rejab 1446 adalah bersamaan dengan 31 Disember 2024 (lepas Maghrib) iaitu ambang tahun baharu 2025. Memang eloklah kiranya untuk kita terutama umat Islam, memulakan amalan yang disunatkan sebagai salah satu cara untuk melatih diri ke bulan Ramadan.

Baca juga: Bulan Rejab Dah Tiba! Ini Cara Berdoa Dari Ustaz Don & Amalan Sunat Untuk Gandakan Pahala

AMALAN DI BULAN REJAB 1446 HIJRAH UNTUK ‘TEST’ MASUK RAMADAN

amalan di bulan rejab

Berikut merupakan antara beberapa amalan atau perkara yang boleh dijadikan rutin di bulan Rejab sebagai langkah persediaan untuk menyambut Ramadan.

1.Masukknya bulan Rejab, perbanyakkan amal ibadah.

2.Kurangkan makan, dan banyak kan berpuasa

3.Kurangkan bercakap. Lebihkan lagi berzikir.

4.Rejab, Syaaban hingga Ramadan. Ini bulan ‘haram’. Jadi mesti perbanvakkan ibadah.

5.Jangan buka televisyen tengok rancangan yang tak berfaedah, kalau boleh kurangkan juga buka radio untuk mendengar muzik.
Banyakkan menonton kuliah dan ilmu agama serta alunan Al-Quran.

6.Cuba belajar jadi zuhud.

7. Sehari hidangkan 1 lauk saja. Kalau berbuka puasa nak pencuci mulut, pencuci mulut pun biar 1 jenis saja tak perlu lebih.

8.Kalau biasa makan nasi 2 senduk, cuba kurangkan sesudu kalau belum mampu kurangkan sesenduk.

9.Duit kurangkan beli makan yang tak sepatutnya, banyakkan bersedekah.

10. Bulan Ramadan, bukan bulan nak berlumba? Nak yang serba baru. Biarlah tak ada yang baru janji bersih sudah memadai.

11.Allah tak pandang pun pakaian kau berapa harga, beli mana jenama apa. Allah pandang, amal kita.

12.Belajar jadi zuhud, belajar jadi zuhud.

13.Kurangkan aktiviti berjual beli di bulan Ramadan. Makan sekadar ada, pakai apa yang ada.

Kalau nak tahu bagaimana kita sepanjang 3 bulan nanti, tunggulah bulan Syawal anti. Jika diri masih merasa megah-megahan, mash ada rasa nak tunjuk orang itu ini, mash lagi nak berlumba-lumba pakaian siapa lawa, maknanya 3 bulan ini masih ada yang ‘tempang’.

Allah Allah Allah… Dah masuk bulan Rejab. Belum tahu tahun depan kita berjumpa. Belum tahu apa kita ini menjadi tetamu Ramadan apa tidak. Banyak kena perbaiki diri. Banyak kena menahan diri. Bulan puasa, syaitan dipenjara. Yang ada, nafsu
yang syaitan tinggalkan. Kerjanya 11 bulan tanpa henti, tapi yang 1 bulan Ramadhan itu lah macam-macam sifat manusia keluar.

Semoga kita semua terpelihara dari hasutan syaitan. Dapat sama-sama tingkatkan amal ibadah. Semoga semua amalan yang kita lakukan, diterima disisi Allah SWT. Aamiin Allahumma Aamiin.

Tambahan, menurut perkongsian daripada laman rasmi Mufti WP, bulan Rejab tidak memiliki kelebihan yang khusus seperti amal ibadat tertentu selaras dengan hadith-hadith sahih. Meskipun begitu, ini tidak menjadi penghalang bagi seseorang untuk mengerjakan amal ibadah dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan yang dilaksanakan mempunyai kelebihan yang tertentu selain dari menjadi antara waktu mustajabnya doa seperti yang dinyatakan oleh Imam Syafi’e.

Doa masuk bulan Rejab:

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

amalan di bulan rejab

*Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Baca juga: “Mudahnya Perjalanan Hidup Dia..”- 7 Petua Hidup WAJIB Amal, Memang Nampak Beza!

Sumber: Mufti WP, Ahliya Malek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×