Percutian

7 Tempat Dalam Malaysia Ini Dahulunya Cantik & Megah, Tapi Sayang…Kini Makin Suram!

9
SHARES
tempat menarik di malaysia

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pastinya menjanjikan pengalaman yang indah buat setiap pengunjung. Walaupun begitu, ada beberapa tempat menarik di Malaysia ini tidak selamanya relevan kerana hanyut dalam arus permodenan.

Kalau dahulu pernah menjadi salah satu lokasi paling gah, mewah dan menarik, kini mungkin semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Berikut merupakan antara 7 lokasi dalam Malaysia yang pernah menjadi siulan ramai namun kini hanya berbasi-basi sahaja.

Baca juga: AWAS! Ini Senarai Kawasan ‘Hotspot’ Kepala Air Di Perak & Kelantan, Elak Aktiviti Rekreasi

DAHULU…7 TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA INI GAH NAMUN TIDAK KINI…

1.Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan 

tempat menarik di malaysia

Foto: Agoda

Dahulu, Palace of the Golden Horses adalah salah satu hotel paling mewah dan eksklusif di Malaysia. Hotel ini terkenal dengan reka bentuk seperti istana yang megah, replika kuda emas di luar dan kemudahan yang serba lengkap. Hotel ini sering menjadi pilihan golongan elit dan menjadi tumpuan untuk pelancong luar dan dalam negara. Namun, setelah beberapa tahun, hotel ini semakin kurang mendapat perhatian.

Fasiliti yang dulu dianggap mewah kini kelihatan usang dan tidak lagi sepopular dulu, terutamanya selepas pembukaan hotel-hotel baru yang lebih moden dan canggih di kawasan Lembah Klang.

2.Tasik Chini, Pahang

tempat menarik di malaysia

Foto: Trip Advisor

Tasik Chini dulunya adalah sebuah kawasan yang penuh dengan keindahan alam semula jadi, dihiasi dengan hutan tropika dan tasik yang luas.  Kaya dengan sejarah serta cerita dongeng mengatakan tasik ini mempunyai naga, dalam beberapa dekad ini, kawasannya mengalami pencemaran air, penggondolan hutan, serta kegiatan perlombongan yang mengancam ekosistem semula jadi tasik tersebut.

3.Bukit Fraser, Pahang

Foto: Trip Advisor

Bukit Fraser, salah satu kawasan tanah tinggi yang popular untuk percutian santai dan pernah menjadi destinasi percutian yang tenang dengan udara nyaman dan keindahan alam semula jadi. Namun, pembangunan yang tidak terkawal, kesesakan jalan raya, serta kerosakan alam sekitar akibat pembalakan telah menyebabkan kawasan ini kehilangan sebahagian daripada daya tarikannya.

4.Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur

Foto: Property Guru

Dengar namanya pun sudah cukup mewah! Carcosa Seri Negara adalah salah sebuah hotel mewah yang paling bersejarah di Malaysia, terletak di kawasan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur. Dahulu, hotel ini sangat popular, terutama dalam kalangan golongan elit, diplomat dan pelancong berprofil tinggi.

Walaupun ia masih mengekalkan aura klasik dan sejarah, namun kini hotel ini kurang mendapat perhatian kerana kekurangan kemudahan moden dan pesaing yang lebih baru dan lebih berinovasi. Carcosa Seri Negara juga telah ditutup buat sementara namun ada pihak yang mencadangkan bahawa lokasi ini sepatutnya dijadikan tempat simpan barang bersejarah.

5. A’Famosa Water Theme Park, Alor Gajah (Melaka)

Foto: Headout

A’Famosa adalah antara resort yang terkenal di Melaka pada satu ketika dahulu, dengan taman tema air yang menjadi daya tarikan utama. Taman tema ini menawarkan pelbagai kemudahan, kolam renang besar, dan permainan air untuk seisi keluarga. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, A’Famosa mengalami kemerosotan dalam populariti dan banyak kemudahan yang sudah kelihatan usang. Selain itu, banyak pesaing dari taman tema air yang baru dibina dengan teknologi lebih canggih.

6.Taman Botani Putrajaya, Putrajaya

Foto: Google Review

Taman Botani Putrajaya pernah terkenal dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap yang menarik. Malah, taman ini pernah menjadi tempat yang popular untuk keluarga dan pengunjung menikmati alam semula jadi. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan ini semakin dipenuhi dengan pelancong, kesesakan trafik, dan pengabaian dalam aspek penyelenggaraan. Bukan itu sahaja, pencemaran udara dan bunyi dari kawasan sekitarnya menurunkan kualiti buat anda yang berkunjung ke sini.

7.Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Foto: Klook

Berjaya Times Square adalah sebuah pusat membeli-belah yang sangat besar dan pernah menjadi salah satu destinasi utama di Kuala Lumpur. Pada awal pembukaan, ia mempunyai pelbagai kedai jualan termasuk taman tema dalaman! Namun, kini pengunjung semakin berkurang disebabkan oleh kebanyakan penyewa yang kurang menarik dan tidak relevan dengan keperluan pengunjung moden.

Pusat beli-belah ini juga menghadapi persaingan sengit dari pusat membeli-belah baru yang lebih moden seperti Pavilion KL. Walaupun ia masih beroperasi, Berjaya Times Square kini semakin tidak relevan dengan citarasa dan trend membeli-belah semasa.

Baca juga: 10 Tempat Percutian Popular Seluruh Dunia Ini Sebenarnya TERUK, Tak Mahu Pergi Dah!

Sumber: Harian Metro, AWANI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×