Mendidik anak kecil bukan perkara mudah dan sudah pastinya pelbagai soalan akan ditanya terutamanya tentang Allah. Sebagai ibu bapa, memberikan jawapan mudah adalah lebih bagus supaya anak kecil cepat faham.
Menerusi laman Facebook milik Fatin Ain, terdapat enam idea jawapan boleh digunakan sekiranya anda bertanya tentang Allah. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Ustaz Kazim Kongsi Doa Untuk Anak Autisme, Baca Dekat Air & Bagi Anak Minum…
BILA ANAK TANYA TENTANG ALLAH, INI JAWAPAN TEPAT
1. Gunakan bahasa ringkas
Gunakan kata-kata yang sesuai dengan tahap pemahaman anak.
Contohnya:
“Allah sayang kita. Sebab itu Allah bagi kita mata untuk tengok.”
“Allah cipta bulan untuk bagi kita cahaya waktu malam.”
2. Kaitkan dengan alam sekitar
Ajak anak lihat ciptaan Allah seperti bunga, langit, haiwan, dan tumbuhan.
Contohnya:
“Tengok bunga ini cantik, Allah yang buat.”
“Burung itu boleh terbang sebab Allah beri sayap.”
3. Gunakan perasaan sayang
Ceritakan bahawa Allah sangat sayang pada hambaNya.
Contohnya:
“Allah selalu dengar doa kita.”
“Kalau kita baik, Allah lagi sayang.”
4. Gunakan aktiviti seharian
Ketika makan: “Kita ada rezeki ini sebab Allah beri.”
Sebelum tidur: “Kita doa pada Allah supaya tidur kita tenang.”
5. Gunakan buku dan lagu
Bacakan buku cerita atau nyanyikan lagu yang memuji kebesaran Allah. Lagu boleh membantu anak lebih ingat.
6. Jadikan dialog harian
Jadikan nama Allah sebahagian dari perbualan harian.
Contohnya:
“Alhamdulillah, hari ini kita gembira.”
“Subhanallah, cantiknya langit.”
7. Tunjukkan contoh yang baik
Anak belajar melalui pemerhatian. Bila mereka lihat ibu ayah solat, baca doa, atau sebut nama Allah, mereka akan mudah meniru.
Semoga ibu bapa di luar sana dapat menjawab setiap persoalan anak tentang Allah apabila ditanya.
Baca juga: Kena Paksa Bayi Dibedung, Kaunselor Laktasi Kongsi Banyak Manfaatnya…
Sumber: Facebook Fatin Ain