Famili

Selain Cerita Cinta Rasulullah, Ada 4 Lagi Kisah Suami Isteri Dalam Islam Yang Boleh Dicontohi, Terasa Indahnya Hidup!

20
SHARES

Terlalu banyak kisah cinta Islamik yang boleh menyentuh hati dan dijadikan inspirasi dalam kehidupan anda. Selain cinta Rasulullah SAW kepada Siti Khadijah, ada juga beberapa pasangan lain yang mungkin anda belum tahu.

Kisah cinta Islamik yang dikongsikan di bawah ini boleh juga mengajar anda berkasih sayang berlandaskan iman, ketulusan, dan pengorbanan. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: “2 Tahun Tidur Tak Tutup Lampu..” Luahan Lelaki Selepas Bercerai Dengan Isteri Bikin Sebak!

KISAH CINTA ISLAMIK UNTUK DIJADIKAN INSPIRASI KEHIDUPAN

KISAH CINTA ISLAMIK

1. Rasulullah SAW & Siti Khadijah

Kisah cinta Islamik yang pertama untuk dijadikan inspirasi dalam kehidupan adalah antara Rasulullah SAW dan Siti Khadijah RA.

Umum sedia maklum, Khadijah merupakan isteri pertama baginda dan juga merupakan wanita yang pertama memeluk Islam. Khadijah memilih Baginda kerana berakhlak mulia, walaupun bukan dari kalangan orang yang berharta.

Sepanjang perkahwinan mereka, Khadijah sentiasa setia di sisi Rasulullah, memberi sokongan dan menjadi pelindung baginda daripada tekanan dan tentangan daripada masyarakat Mekah.

2. Kisah cinta Islamik – Rasulullah SAW & Siti Aisyah

Kisah seterusnya adalah antara Rasulullah SAW dan isterinya yang paling disayangi iaitu Siti Aisyah. Walaupun Aisyah lebih muda daripada Rasulullah, perkahwinan mereka penuh dengan ilmu, kasih sayang, dan penghormatan. Aisyah sering bertanya dan belajar banyak dari Rasulullah, dan baginda juga menghargai kecerdasan dan semangat Aisyah.

Pesona ini melahirkan cinta sejati yang Allah SWT turunkan ke dalam jiwa Rasulullah SAW. Tidak hairanlah cinta Rasulullah tidak pernah hilang walaupun Khadijah sudah tiada, sehingga Aisyah cemburu kepadanya.

Baginda memberi nama panggilan kegemaran kepada Aisyah dengan memanggilnya Humaira yang membawa maksud ‘sayang.’

3. Saidina Ali RA & Fatimah Az-Zahra RA

Kisah cinta Islamik selanjutnya adalah antara Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra, pasangan ini mempunyai cinta yang penuh dengan kesederhanaan dan keikhlasan.

Walaupun Ali seorang yang gagah berani ketika berada di medan perang namun beliau sangat pemalu apabila berhadapan dengan Fatimah. Beliau menyimpan perasaan terhadap Fatimah dalam hati selama bertahun-tahun.

Perkahwinan mereka akhirnya dilangsungkan dengan sederhana, namun penuh keberkatan. Hubungan pasangan ini membuktikan bahawa cinta yang ikhlas dan berasaskan iman adalah lebih berharga berbanding harta dan kekayaan dunia.

4. Kisah cinta Islamik – Nabi Yusuf AS & Zulaikha

Kisah cinta Islamik yang lain adalah antara Nabi Yusuf dan Zulaikha. Zulaikha, seorang wanita bangsawan Mesir dan jatuh cinta kepada Nabi Yusuf kerana ketampanannya.

Dengan izin Allah, akhirnya Nabi Yusuf dan Zulaikha disatukan dalam pernikahan yang penuh keberkatan. Kisah ini menunjukkan bahawa cinta yang sejati adalah cinta yang berlandaskan keimanan dan kesucian hati.

5. Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Bani Umayyah yang terkenal iaitu Umar bin Abdul Aziz telah jatuh cinta kepada seorang wanita. Namun, isterinya, Fatimah binti Abdul Malik, tidak pernah membenarkan suaminya untuk berkahwin lagi.

Pada suatu hari, Umar jatuh sakit akibat kepenatan selepas menguruskan urusan kerajaan. Fatimah datang dengan membawa wanita yang telah lama dicintai oleh Umar.

Ternyata wanita itu telah memendam perasaan terhadap Umar namun, Umar menolak cinta wanita itu dan berkata dia tidak akan meninggalkan isteri tercinta.

Kesimpulannya, kisah cinta Islamik seperti perkongsian di atas dapat mengajar kita erti ‘cinta’ yang sebenar. Bukan hanya mementingkan perasaan, kerana pelbagai perkara lain perlu dititikberatkan.

Cinta yang berpaksikan kepada Allah akan sentiasa diberkati dan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kisah cinta di atas ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anda semua.

Baca juga: Sekufu Dalam Perkahwinan Mengikut Pandangan Islam, Bukan Hanya Pada Harta Sahaja!

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×