Suami Isteri

Nak Rezeki Datang Mencurah-Curah & Tak Sempit, Suami Jangan Abaikan 10 Perkara Ini

20
SHARES
TIPS SUAMI MURAH REZEKI

Buat pasangan berkahwin di luar sana, artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa tips suami murah rezeki yang boleh diamalkan setiap hari.

Jangan pelik bila rezeki sentiasa sempit kerana isteri adalah amanah yang perlu anda titik beratkan. Jangan ambil mudah, nanti ‘merana’ kemudian hari.

Baca juga: Cik Abang Makan 9 Buah Ini Agar ‘Senjata’ Tegang Lama, Barulah Cinta Makin Hangat!

TIPS SUAMI MURAH REZEKI, KENA BUAT MACAM INI

TIPS SUAMI MURAH REZEKI

Suami, kalau nak bahagia dalam rumah tangga, nak rezeki datang mencurah-curah, cuba ikut tips ini

1. Isteri kita Amanah Allah. Layan mereka macam princess, bukan orang gaji, bukan hamba abdi.

2. Jangan kedekut dengan isteri. Lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah bagi rezeki.

3. Jangan bertengkar, maki, tinggikan suara di khalayak ramai. Jaga air muka isteri.

4. Jika berlaku salah faham, cepat-cepat betulkan keadaan. Jangan biarkan communication breakdown jadi barah dalam perhubungan.

5. Kalau isteri merajuk, cepat-cepat pujuk. Lumrah wanita memang suka dipujuk rayu. Ini tidak, bila isteri merajuk, suami buat tak tahu sahaja.

6. Semua orang tak sempurna. Simpan rahsia dalam kelambu. Jaga aib pasangan masing-masing. Jangan luah perasaan dekat kawan-kawan lain, terutama kawan perempuan.

7. Jangan cemburu buta. Tak tahu, tanya. Jauhi buruk sangka, Allah murka.

8. Kalau makan hati, kecil hati, tak usah pendam. Lama-lama sendiri jadi gila. Luahkan. Kalau kita tak luahkan, pasangan pun tak tahu

9. Kalau isteri masak tak sedap, tegur dengan penuh hemah, jangan sampai mental dia koyak. Kalau tak tegur, sampai bila-bila makan tak sedap.

10. Kalau rasa isteri tak comel, tak cantik lepas kahwin, hantar dia pergi spa, pergi facial, pergi saloon, pergi gym. Bukan cari perempuan lain. Makeup kereta mahal-mahal boleh, rim standard 15″ tukar rim 20″ boleh, tak akan makeup isteri tak boleh.

Baca juga: Nak Isteri & Anak Bahagia Till Jannah, Suami Kena Buat 30 Tips Ini. Bukan Fokus 1 Benda Sahaja

Sumber: Facebook Pakar Diari Hati & Syukor Majid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×