Didik

Tak Ingat Suami Ambil Syarikat Insurans Apa, Bila Kereta Rosak Ini Cara Pantas Untuk Isteri Tahu!

4
SHARES
kereta rosak

Kereta rosak boleh jadi bila-bila masa sahaja, terutamanya jika kenderaan anda sudah lama tidak diservis. Nak pula waktu itu, suami yang sudah biasa uruskan semua perkara, tiada untuk membantu. Confirm rasa kalut!

Jadi, para isteri di luar sana adalah penting untuk anda ambil tahu akan maklumat syarikat insurans yang digunakan setiap kali memperbaharui cukai jalan kereta. Walau bagaimanapun, sekiranya anda terlupa, terdapat satu cara pantas untuk mengesan syarikat insurans yang diambil.

Baca juga: Penat Cuba Tapi Kepala Paip Tak Boleh Sambung Hos Mesin Basuh, Lelaki Ini Kongsi Penyelesaiannya!

KERETA ROSAK: CARA SEMAK INSURANS

kereta rosak

Gambar: Auni Farhana

Nak tahu apakah kaedahnya? Ikuti perkongsian informatif daripada Auni Farhana dan jangan jadi seperti kisah kejadian di bawah ini yang boleh dijadikan iktibar buat anda semua.

Masa menunggu ‘parking’ aku tengok akak itu asyik mundar-mandir depan kereta. Aku dahlah nak masuk ‘parking’, kalau tak jadi nak keluar aku nak cari petak lain.

Turun tingkap tanya, “akak jadi keluar ke?” Dia kata, “kereta akak tak boleh ‘start’ dik, akak tak tahu nak buat apa, suami akak tak ada dekat sini, akak dengan anak-anak sahaja.”

Ah sudah…kereta tak boleh ‘start’ tengah hari panas ini, dengan anak-anak kecil, kesian pula. Dah periksa tapi macam bukan masalah bateri ke apa.

Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!

Tak tahu insurans kereta apa sebab suami biasa buatkan semua

Aku tanya dia guna insurans kereta yang mana, dia tak tahu. Biasa suami siapkan semua, tapi sekarang suami di luar kawasan di luar negara, tak dapat hubungi pula waktu kecemasan.

Dulu dulu ada ‘road tax’ tampal dekat cermin, ada pelekat setiap kali perbaharui, jadi bolehlah ingat, tapi bila jadi macam ini…ber huhuhu sahajalah kami.

Jadi, aku pun periksalah syarikat mana dia buat perbaharui cukai jalan guna laman sesawang MyCarInfo.

Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!

Cara periksa maklumat syarikat insurans kenderaan

kereta rosak

Gambar: Auni Farhana

Masukkan nama ringkas, email tipu pun boleh. Kemudian, ‘page’ seterusnya keluarlah dari syarikat mana dia ada buat insurans kereta.

Dah dapat maklumat nama syarikat, aku suruh dia hubungi syarikat itu terus untuk menunda kereta dia ke pusat servis kenderaan berhampiran. Normal ‘towing’ percuma sehingga 150km sahaja.

Ilmu ini aku harap ramai perempuan ambil tahu, jangan tunggu suami sahaja buat semua benda. Kita tak tahu masa depan kita macam mana.

Lepas ini boleh muat turun aplikasi MyJPJ atau kongsilah apa-apa maklumat di WhatsApp pasangan, kalau teringat boleh cari semula dekat sejarah WhatsApp.

Kalau tak ingat boleh guna cara yang aku kongsikan itu.

Risau akak itu jumpa orang yang salah, kena tunda bengkel sesiapa ke, pomen yang ambil kesempatan ke. Harap semuanya selesai baik-baik sahaja. 

Baca juga: Individu Ini Dedah Modus Operandi Jahat Di R&R, Ada ‘Tangan Panjang’ Cabut Skru Kereta Orang Awam!

Sumber: Auni Farhana

FT Image: Auni Farhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×