Dapur

Tular Video Jual Daging Babi Secara Terbuka Di Pasar Malam & Cetuskan Perdebatan, Ini Jawapan MBSA!

4
SHARES
daging babi

Seorang wanita mempersoalkan tindakan peniaga menjual daging babi secara terbuka di Pasar Malam Setia Alam di sini. Isu itu ditularkan individu berkenaan menerusi video berdurasi 30 saat di aplikasi TikTok pada Isnin.

Baca juga: Orang Kecam Dr. Malar Guna Penambah Perisa MSG Dalam Masakan, Beliau Bidas Dengan 4 Sebab!

DAGING BABI DIJUAL SECARA TERBUKA DI PASAR MALAM

daging babi

Video itu memaparkan keadaan dalam pasar malam berkenaan dengan sebuah gerai menjual ‘pork crispy’.

Wanita itu mendakwa, makanan tidak halal itu dijual di pasar malam yang turut terdapat peniaga muslim berniaga di lokasi sama.

“Kita nampak ada peniaga jual ‘pork’ secara terbuka. Kalau nak ikutkan tak boleh,” katanya pada video dikongsikan beserta #majlisbandarayashahalam.

Perkongsian itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang bertanya sama ada operasi perniagaan itu merupakan satu kesalahan.

Terdapat juga antaranya yang berpandangan penjualan makanan itu tidak menjadi masalah kerana pasar malam itu terdapat dua bahagian iaitu operasi perniagaan halal dan tidak halal.

Baca juga: Mengejutkan! Ini 10 Manfaat Air Cucian Ikan Pada Tanaman, Patutlah Ramai Orang Guna!

Tidak boleh jual daging babi di tempat terbuka – MBSA

Bagaimanapun Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Mohd Sharif ketika dihubungi memberitahu, penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.

Mohd Azhar berkata, ia termasuk makanan tidak halal seperti ditetapkan dalam syarat perniagaan pasar malam di bawah MBSA.

“MBSA tidak mengeluarkan sebarang kebenaran atau lesen bagi tujuan itu. Kemungkinan peniaga ini berniaga tanpa lesen.

“Jabatan pelesenan sedang menyemak isu ini. Jika peniaga mempunyai lesen, lesennya akan ditarik balik.

“Jika tiada lesen, MBSA boleh mengeluarkan kompaun di bawah undang-undang kecil penjaja,” katanya.

Jelasnya, bagi jualan daging babi, peniaga hanya dibenarkan beroperasi di kawasan dikhususkan dan pasar tertutup.

Baca juga: Dikejutkan Berita Warga Emas Maut Disengat Tebuan, Boleh Cuba 3 Petua Rawatan Awal Ini!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×