Dapur

Resepi Daging Masak Manis, Bahan Campak-Campak Je Tapi Menyelerakan Tau!

75
SHARES
resepi daging masak manis

Menu Daging Masak Manis ini cukup mudah disediakan, bahannya main campak-campak tapi hasilnya cukup enak. Bagi penggemar daging, bolehlah cuba resepi daging masak manis ini untuk dijamukan kepada keluarga nanti.

Nak pula masuk bulan Hari Raya Haji, mesti banyak daging korban anda dapat. Bolehlah buat menu ini dan percayalah, resipi perkongsian Erma Azizie ini cukup menyelerakan!

Baca juga: Resepi SATAY GORENG JAWA, Daging Korban Banyak Bolehlah Buat Menu Ini!

RESEPI DAGING MASAK MANIS

resepi daging masak manis

Gambar: Erma Azizie

Menu pertama daging korban, daging masak manis.

Baca juga: Patutlah Liat! Ini Sebab DAGING KORBAN Tak Sesuai Makan Macam ‘Steak’

Bahan utama:

  • 300 gm daging potong kecil & rebus hingga empuk

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 4 sudu makan cili kering (dah rebus & kisar)

Baca juga: Resepi Sup Tulang Lembu Dengan Kuah Pekat, Kisar 2 Bahan Rahsia Ini!

Bahan lain:

  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
  • 1 biji kentang (potong dadu besar- 8 bahagian)
  • 2 sudu besar sos cili (Maggie)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Garam
  • Perasa (Ajinamoto)
  • Minyak masak

Baca juga: CREAMY CORN RIB Lemak Berkrim & Pedas, Resepi Jagung Buat Ramai Ketagih!

Cara memasak:

  1. Tumis 4 sekawan hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing.
  2. Masukkan gula, garam, ajinamoto, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  3. Masukkan daging + sedikit air rebusan daging + kentang (untuk pekatkan kuah).
  4. Masak sehingga kentang empuk dan kuah agak pekat.

Siap!!!!!!

Baca juga: Resepi MEE KICAP ACIK KANTIN, Gamit Memori Zaman Sekolah!

Sumber: Erma Azizie

FT Image: Erma Azizie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×