Dapur

CREAMY CORN RIB Lemak Berkrim & Pedas, Resepi Jagung Buat Ramai Ketagih!

10
SHARES
resepi jagung

Seperti namanya Creamy Corn Rib, resepi jagung ini mempunyai kandungan cheese, serbuk cili, butter dan susu yang menjadikan rasanya lemak berkrim dan pedas sehingga menjadi igauan ramai. Ya, resipi ini agak berbeza jika dibandingkan dengan menu jagung yang biasa anda nikmati.

Jangan tengok sahaja, rugi tak cuba. Jom buat di rumah dengan mengikuti resipi Creamy Corn Rib yang dikongsikan Shikin Amir ini bersama tipsnya.

Baca juga: Mirip Sangat! Tapi Ini Bezanya Antara Daun Bawang, Lokio & Kucai

RESEPI JAGUNG ‘CREAMY CORN RIB’

resepi jagung

Gambar: Shikin Amir

Weiii patut viral sedap weiii, Creamy Corn Rib! Buat sendiri boleh makan puas-puas. 

Bahan utama:

  • Jagung
  1. Potong jagung macam ini (potong 2 belah 4) buat dalam 2 tongkol sebab nak cuba.
  2. Dah potong, rebus dulu. 
  3. Kemudian, asingkan kejap untuk tos airnya (ada orang dia goreng tapi saya malas).

Baca juga: Resipi Kaswi Jagung ‘Viral’, Guna 3 Jenis Tepung INI Baru Lebih Lembut Menggedik!

Bahan cincang / tumbuk:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil @ 1/2 bawang besar

Bahan lain:

  • Butter 2-3 sudu (ikut anda)
  • Cili flakes 1 sudu
  • Cili serbuk sikit (ikut suka tahap kepedasan)
  •  1 cawan susu kotak (fresh milk)
  • 2 keping cheese
  • 1/2 atau 1 kiub ayam
  • Parsley flakes

Sediakan:

  • Airfryer (atau boleh grill sendiri)

Bahan-bahan: Status Kualiti TELUR Yang PECAH, Mudarat Tak Kalau Makan?

  1. Panaskan butter dan kemudian tumis sekejap bahan tumbuk.
  2. Masukkan cili flakes, cili serbuk.
  3. Tambah pula, susu kotak, cheese dan kiub ayam.
  4. Masak sampai pekat dan perasakan ikut tekak anda.
  5. Setelah itu, gaul sekejap dengan jagung yang direbus.
  6. Masak kejap hingga sekata serasi bersama.
  7. Seterusnya, masukkan dalam airfryer dengan sos tadi dengan taburan parsley flakes.
  8. Set 190 suhu, 8-10 minit.

Sedia untuk dinikmati! Gila sedap, tak cukup.

Baca juga: Resepi MEE KICAP ACIK KANTIN, Gamit Memori Zaman Sekolah!

resepi jagung

Gambar: Shikin Amir

Kalau tak ada airfryer tak payah gaduh dengan suami suruh beli. Boleh grill je sikit-sikit atau bagi kering sedikit kuah dia dalam kuali. Selepas itu, boleh makan.

Nasihat saya buat 2 tongkol yang resipi di atas. Kalau lebih dari itu, double kan sahaja resipi. Tapi cubalah buat sikit dulu, agak-agak sahaja resipinya kalau buat lebih jagung itu nanti ya.

Edit:

Bagi yang tak makan jagung boleh tukar dengan kacang kuda, omputeh kata chickpea. Rebus lembut dulu, kemudian buat kaedah yang sama seperti di atas. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat SATAY AYAM Tak Kecut Bila Bakar, Ikut Tips Penting Ini!

Sumber: Shikin Amir

FT Image: Shikin Amir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×