Makanan ini mempunyai pelbagai panggilan nama seperti kerepek kentang pedas, sira kentang pedas atau sambal kering kentang yang begitu enak dijadikan lauk sampingan. Lagi-lagi, kerangupan kerepek kentang pedas ini begitu mengasyikkan hingga ia sedap diratah juga.
Ada kalanya anda cuba membuatnya sendiri di rumah, kerepek kentang pedas itu menjadi kurang rangup setelah disaluti dengan sambal. Kalau nak tahu, ada teknik yang betul untuk memastikan kerepek tersebut tidak lembik. Jom lihat perkongsian tips dari Mazidah Mohamed.
Baca juga: ‘Trick’ Terung Goreng Berlada Warna Kekal Tak Pucat Lembik, Baru Nampak Menyelerakan!
KEREPEK KENTANG PEDAS
Pernah tanya tokey kedai yang jual kerepek kentang sedap di tempat saya ini. Mintak tips bagi rangup kentang itu. tak dibagi.
Hari ini saya cuba intai Tiktok, kebetulan kentang banyak dengan gigihnya buat. Nampak simple tapi renyah juga. Ini tips saya kongsi, saya halalkan.
Baca juga: Ala..Bila Goreng Mesti Pecah, Cuba Tips RAHSIA Goreng Telur Mata Kerbau Tak Pecah, Confirm Jadi!
Tips kerepek kentang rangup:
- Lepas parut kentang, basuh sambil ramas-ramas kentang itu.
- Kemudian, sediakn air menggelegak dan rebus kentang dalam 10 minit.
- Setelah itu, sediakn air sejuk @ air peti ais dan rendam kentang dalam 10 minit.
- Dah cukup masa, toskan sampai agak-agak kering dan goreng macam biasa.
Tips sambal:
- Buat macam sambal tumis biasa tapi jangan letak bawang merah.
- Panaskan minyak.
- Saya letak bawang putih. halia dan lada kering yang dikisar serta masukkan gula dan garam.
- Dah masak sambal itu, tunggu sejuk sikit baru curah atas kentang yang digoreng tadi.
- Gaul hingga sebati.
Baca juga: Resepi Roti Sardin Goreng Viral, Ini Rahsia Jadi Rangup Kriuk Kriuk & Tak Serap Minyak!
Sumber: Mazidah Mohamed via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: Mazidah Mohamed / Missz Amira