Dapur

Patutlah Liat! Ini Sebab DAGING KORBAN Tak Sesuai Makan Macam ‘Steak’

2
SHARES
daging korban

Menjelangnya Hari Raya Aidiladha, pastinya aktiviti menyembelih daging akan dilakukan pada pagi raya tersebut. Setelah itu, proses pengagihan daging korban akan dilakukan agar ia dapat dimasak dengan pelbagai lauk-pauk yang anda gemari.

Penulis percaya, mesti ada dalam kalangan anda yang teringin memasak daging korban tersebut sebagai hidangan stik (steak) bukan? Kalau nak tahu, daging korban tidak sesuai dimakan macam stik atas sebab-sebab tertentu.

Baca juga: CREAMY CORN RIB Lemak Berkrim & Pedas, Resepi Jagung Buat Ramai Ketagih!

DAGING KORBAN

daging korban

Gambar ihsan: TUDM

Nak tahu kenapa daging korban tidak sesuai dinikmati macam stik, ikuti perkongsian bermanfaat oleh @ButterAlways92 di bawah.

Bismillah, saya mulakan dengan topik Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak. Sembelihlah lembu Wagyu, sado, kampung, semua pun tak sesuai!

Murah atau mahal bahagian korban kalian tidaklah terbazir, cuma tak sesuai dimasak dan makan seperti steak.

Rigor Mortis (RM) berlaku pada haiwan bertulang setelah mati

Pertama sekali kita kena paham apa itu ‘Rigor Mortis’ (RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras.

Kalau biasa pancing, ikan dalam icebox itu bukan mengeras senget sebab beku. Itu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih.

Baca juga: Status Kualiti TELUR Yang PECAH, Mudarat Tak Kalau Makan?

Sebab daging korban tidak sesuai dimakan macam stik

Sekarang berbalik kepada lembu dan kambing. Selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan diagihkan. Bagi organ dalaman, fresh is best.

Tetapi untuk daging, RM akan menyebabkan daging itu keras. Inilah sebab tak sesuai dimakan macam ‘steak’.

Di barat, praktis selepas sembelih dan siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan.

  • Ia untuk membenarkan otot-otot rileks secara semula jadi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah dan dijual.
  • Suhu perlu dikawal rapi untuk mencegah pencemaran bakteria.

Daging akan lembut setelah melalui proses aging

daging korban

Gambar: @ButterAlways92

Proses gantung di dalam peti selama berminggu namanya ‘aging’. Tanpa proses ini tak guna pun potong daging ikut bahagian mana mahal murah seperti praktis barat.

Steak dimasak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Oleh sebab itu, proses aging penting untuk melembutkan daging.

Baca juga: Resepi MEE KICAP ACIK KANTIN, Gamit Memori Zaman Sekolah!

Perlu ke buat proses aging pada daging korban nanti?

Adakah kita perlu buat apa yang barat buat untuk lembu dikorbankan Aidiladha nanti? No, tak perlu! Sebab apa?

Sebab semua masakan tradisional kita adalah berkuah dan dimasak lama. Sup, gulai dan rendang semua cara kita atasi RM. Bakteria pun tak sempat membiak dah mati kena masak. 

Bahagian lembu yang popular sebagai steak

daging steak

Gambar: @ButterAlways92

Secara am, 3 bahagian lembu yang paling popular dipotong, dimasak dan dimakan sebagai steak adalah Tenderloin, Sirloin dan Ribeye. Otot-otot ini berada di bahagian belakang lembu yang kurang berkerja sebab itu dia lembut.

Daging di bahu dan kaki keras sebab banyak bergerak.

Ini info lain berkenaan Rigor Mortis yang ditambah oleh pemilik akaun tersebut:

daging steak

daging steak

Baca juga: Mirip Sangat! Tapi Ini Bezanya Antara Daun Bawang, Lokio & Kucai

Sumber: X – @ButterAlways92

FT Image: TUDM / @ButterAlways92

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×