Dapur

Orang Kecam Dr. Malar Guna Penambah Perisa MSG Dalam Masakan, Beliau Bidas Dengan 4 Sebab!

2
SHARES
penambah perisa

Penambah perisa yang mengandungi monosodium glutamat (MSG) sering digunakan di dalam makanan yang diproses dan ditinkan. Malah, MSG juga kerap dikaitkan dengan mi segera yang dikatakan antara makanan dengan kandungannya yang sangat tinggi.

Baca juga: Dikejutkan Berita Warga Emas Maut Disengat Tebuan, Boleh Cuba 3 Petua Rawatan Awal Ini!

PENAMBAH PERISA MSG PUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI

Adakah MSG bagus untuk kesihatan?

Melalui portal Hello Doktor, telah wujud banyak kajian yang mengaitkan MSG dengan masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan, peningkatan tekanan darah, pening kepala dan lain-lain.

Penyelidikan lain juga menunjukkan monosodium glutamat ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak manusia.

Jadi, bagi sesetengah individu penggunaan MSG adalah bahaya sehingga ‘diharamkan’ digunakan di dalam makanan yang dinikmatinya.

Namun begitu, ia bukanlah batu loncatan untuk masyarakat mengecam individu yang menggunakan MSG di dalam masakan seperti yang terjadi kepada seorang pegawai perubatan yang berpengaruh iaitu Doktor Malar.

Baca juga: Public Health Bidas Wanita Buat Video 3 Makanan Tak Boleh Campur Pisang, Ini FAKTA Sebenar!

Dr. Malar dikecam kerana menggunakan MSG dalam masakan

Melalui hantaran video Facebook akaun Celoteh Dr Malar, beliau telah dikecam di laman sosial kerana menggunakan MSG di dalam masakannya.

“Saya dikecam di Instagram Story kerana guna Ajinomoto dalam masakan. Saya pun tak faham kenapa kena kecam sebab masakan saya sedap sahaja bila tambah MSG.

“Jom saya terangkan 4 SEBAB kenapa saya gunakan Ajinomoto atau MSG dalam masakan. Tengok video sampai habis ya guys!” tulisnya di kapsyen video tersebut.

MSG selamat dimakan dalam kuantiti sederhana

Di dalam videonya pula, Dr. Malar menjelaskan ketakutan terhadap MSG bermula dari barat sekitar tahun 1960-an apabila seorang doktor menulis surat kepada New England Journal of Medicine mengenai gejala yang dihadapi seperti sakit kepala selepas menikmati makanan di sebuah restoran.

MSG

Gambar: Tangkap layar hantaran video Facebook  Celoteh Dr Malar

“Dr. tersebut membuat spekulasi dengan mengatakan MSG dalam makanan tersebut yang menyebabkan simptom itu berlaku.

“Maka, banyaklah kajian saintifik yang dibuat mengenai MSG dalam masakan dan kesemuanya mengatakan bahawa secara amnya MSG selamat dimakan oleh kebanyakan orang apabila diambil dalam kuantiti yang sederhana,” ujarnya.

Baca juga: “Makkk! Pedihnya Adik Terkena Air Panas” Cepat Buat 5 Cara Semula Jadi Ini Untuk Redakan Kesakitan!

4 SEBAB DR. MALAR GUNA MSG

Berikut merupakan 4 sebab Dr. Malar menggunakan MSG dalam masakan:

1. MSG selamat dimakan

Pertama kali, Dr. Malar menyatakan bahawa MSG selamat untuk dimakan. Malah, tiada kajian saintifik yang menunjukkan ia berbahaya.

2. MSG diperbuat daripada sumber makanan semula jadi

Selain itu, MSG sebenarnya diekstrak daripada sumber makanan semula jadi. Antaranya adalah buah tomato, ubi kayu dan tebu dengan melakukan proses penapaian.

Baca juga: Ramai Kecewa Minyak Viral 1001 Guna Selalu ‘Sold Out’, Mari Buat Sendiri Guna 3 Bahan Je!

penambah perisa

Gambar: jcomp

3. MSG adalah sedap dan sihat

Seterusnya, peranan MSG dalam masakan dapat mewujudkan rasa sedap yang umami. Malah, ia sudah menjadi satu kemestian untuk menjamu diri sendiri atau orang lain dengan rasa makanan yang enak dan sihat.

Sekiranya, makanan itu sekadar sihat sahaja tetapi tidak mempunyai rasa lazat dan sebaliknya, maka tiadalah rasa kepuasan dalam menikmati sesuatu hidangan itu.

4. Bantu kurangkan pengambilan garam

Penggunaan MSG dalam masakan dapat membantu mengurangkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian. Menurut Dr. Malar, MSG mengandungi 12% sodium manakala garam mempunyai 39% bahan tersebut.

Justeru itu, kandungan sodium dalam serbuk perasa yang lebih rendah membolehkan diri mengurangkan pengambilan bahan tersebut dan menambah rasa umami dalam masakan.

“Contohnya, kalau masak sayur goreng saya tidak letak garam. Saya tumis dengan bawang letak secubit Ajinomoto dan terus angkat.

“Bila makan sekali dengan lauk lain, dah cukup garamnya rasa umaminya dah sedap untuk dimakan yang merupakan cara saya memasak,” ujar Dr. Malar yang yakin akan penggunaan MSG di dalam masakannya.

Jangan percaya mitos!

Tegasnya lagi, mindset umum yang dimomokkan oleh propaganda dari barat sejak dahulu lagi perlulah diperbetulkan. Paling penting untuk sentiasa mengikuti kajian saintifik berdasarkan bukti perubatan dan jangan ikut mitos daripada kata-kata orang.

Baca juga: 7 Khasiat Tersembunyi Daun Bidara Yang Orang Tak Tahu, Paling Tak Sangka Hilangkan Parut!

Sumber: Celoteh Dr Malar / Hello Doktor

FT Image: Celoteh Dr Malar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×