Nur

Elak Kena Tipu Semasa Membeli, Amal Doa Masuk Pasar Ajaran Rasulullah SAW Ini

9
SHARES
zikir masuk pasar

Pasar merupakan tempat terhimpunya segala jenis bahan masakan tidak kira kering atau basah. Di sinilah juga tempat mencari rezeki para penjual apabila barang keperluan harian dijual dengan harga yang lebih berpatutan. Tahukah anda, terdapat zikir masuk pasar yang diajar oleh Rasulullah SAW yang boleh diamalkan setiap kali ke pasar?

Amalan ini bukan sahaja dapat melindungi diri sepanjang masa tapi boleh bantu mengelakkan dari berlakunya tipu daya dalam pembelian.

Baca juga: Apa Jadi Kalau Tak Pilih Pindahan Amaun Permulaan Akaun 3 KWSP? Ini Pengiraannya..

ZIKIR MASUK PASAR, ELAK DITIPU

Doa ini mempunyai kebaikan yang besar untuk sesiapa yang membacanya iaitu Allah menghapuskan satu juta kejahatannya serta mengangkat kedudukannya sebanyak satu juta darjat.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Doa Masuk Pasar.

zikir masuk pasar

Merujuk laman sesawang Maktabah Al Bakri, apabila banyaknya kebatilan serta terzahirnya kemungkaran di pasar, maka hukum memasukinya adalah MAKHRUH. Pada asalnya, hukum memasuki pasar adalah HARUS.

Terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا

Maksudnya: “Tempat paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya.”- Riwayat Muslim (671)

Berdasarkan hadis di atas berikut penjelasannya:

1.Masjid-masjid merupakan tempat yang paling disukai oleh Allah SWT adalah disebabkan ia merupakan tempat yang dilakukan ketaatan serta ia diasaskan di atas ketaqwaan. Manakala, di pasar-pasar selalunya merupakan tempat terjadinya penipuan, tipu daya, riba, sumpah yang dusta, pemungkiran janji, menjauhkan daripada mengingati Allah dan sebagainya.

2.Walaubagaimanapun, hadis ini bukanlah bermakna larangan yang membawa hukum haram memasuki pasar sama ada untuk berniaga atau membeli barangan.

3.Bahkan sekiranya para peniaga menjadikan pasar sebagai tempat yang penuh dengan kebaikan seperti kejujuran dalam jual beli dan timbangan, tidak berlaku kelalaian dalam zikrullah, berniaga dengan maksud untuk mempertingkat ekonomi umat Islam, maka kesemuanya ini adalah kebaikan besar yang diperoleh pahala kepada para pelakunya.

zikir masuk pasar

*Kesimpulannya, patuhilah adab-adab semasa masuk ke pasar dan pastikan urusan jual-beli dilakukan mengikut syariat Islam. Ini tempat mencari rezeki dan mencari makanan yang halal ya..

Baca juga: Petua Tanam Pokok Cili Di Rumah Sampai Cili Berbuah Lebat, Petik Macam Tu Je!

Sumber: Mufti Perlis, Maktabah Al Bakri

Foto: Cashlez

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×