Euforia Bola 2026
Asuh

“Tolonglah Pantau Anak..”- Pekerja Pasar Raya Kecewa & Rayu Ibu Bapa Tegur Si Kecil, Jangan Curi-Curi Makan Tak Bayar!

PASAR RAYA

Tindakan segelintir pelanggan yang didakwa mengambil serta menikmati barangan jualan sebelum membuat bayaran menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pekerja sebuah pasar raya di Nenasi, Pekan, Pahang.

Perkara itu didedahkan seorang pekerja pasar raya berkenaan menerusi hantaran di media sosial selepas mendakwa kejadian seumpama itu bukan perkara baharu.

Baca juga: “Sejujurnya Sedih La Camni” – Khairul Aming Tampil Bersuara Selepas Dikecam, Sentimen Kapitalis Jadi Persoalan

MAKAN COKLAT DALAM PASAR RAYA TANPA BAYAR

PASAR RAYA

Menurutnya, terdapat pelanggan yang bukan sahaja membuka barangan makanan untuk dimakan ketika berada di dalam premis, malah ada yang mengambil makanan ringan sebelum meninggalkan kedai tanpa membuat bayaran.

Situasi berkenaan dikatakan berlaku berulang kali sehingga mendorong pekerja tersebut tampil menyuarakan teguran kepada pelanggan, khususnya golongan ibu bapa.

Menerusi akaun media sosial menggunakan nama @Badawi Abusamah, lelaki berkenaan meminta ibu bapa supaya memberikan perhatian terhadap tingkah laku anak-anak ketika membawa mereka membeli-belah.

“Kepada pelanggan-pelanggan, minta tolong sangat perhatikan anak-anak anda. Terlalu banyak masalah seperti ini. Siap makan lagi. Belum lagi biskut, pun buka siap pakej makan.

“Tolong la ajar anak-anak anda semua. Saya tahu hantaran di sini jadi kesalahan dalam bekerja, tapi ini pun kerja saya juga. Mohon sangat-sangat ya,” katanya.

PASAR RAYA

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata menyokong teguran berkenaan.

Sebahagian mereka mendakwa situasi sama turut pernah dilihat di premis perniagaan lain, malah ada yang mendakwa bukan kanak-kanak sahaja terlibat dalam perbuatan mengambil makanan tanpa membuat bayaran.

Seorang pengguna, @Are Zuee, mendakwa pernah melihat kejadian seumpama itu dilakukan oleh orang dewasa.

“Ramai ja yang macam ni. Jangan kan budak-budak, bapa budak pun ada. Dah makan kenyang-kenyang roti canai main pergi je tak bayar, ada yang tipu sebut nama roti. Agaknya apa yang dia orang fikir ya,” ujar @Are Zuee.

Sementara itu, @Zairul Mohamad menyifatkan kurangnya didikan sejak kecil sebagai antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang terbiasa dengan perbuatan tersebut.

“Didikan mak ayah gagal sebab tu jadi macam ni. Bila mak ayah tak ajar anak daripada kecil, sampai ke tua la mencuri,” komen @Zairul Mohamad.

Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan ibu bapa memantau anak ketika berada di tempat awam serta mendidik mereka supaya menghormati hak orang lain.

Baca juga: Perkembangan Terkini Nur Haira: Kanak-Kanak 2 Tahun Diserang Lima Anjing Liar Kini Sudah Sedar

Sumber: Badawi Abusamah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×