Famili

Ajar Anak Solat & Bawa Ke Pasar Raya, Ini Cara Didikan Pasangan Selebriti Amyra & Amar!

2.7K
SHARES
ajar anak solat

Musim terbaru Oh Mummy! kini kembali. Jom sama-sama merungkai gelagat Amyra Rosli dan Amar Baharin, menguruskan anak-anak mereka yang begitu aktif dan mempunyai pelbagai ragam. Lihat juga karenah si puteri kecil apabila dibawa ke pasar raya dan cara Amar ajar anak solat.

Baca juga: ‘Perempuan Ilmu Hitam’ Dedah 10 Tanda Santau Pada Mangsanya, Jom Strim Di Tonton!

AJAR ANAK SOLAT DALAM ‘OH MUMMY!’

ajar anak solat

Pada episod ketiga, bakal memaparkan bagaimana Amyra membawa anak bongsunya, Ayra Aryssa, ke pasar raya. Walaupun anak comelnya berusia 4 tahun itu, seorang yang geli dan takut akan ikan mentah.

“Daripada kecil, mama Myra dah dedahkan Myra dengan barang-barang dapur, jadi bila dah besar Myra tak rasa geli dengan barang-barang basah.

“Myra nak dedahkan anak-anak Myra dengan rutin kehidupan harian supaya bila mereka dah dewasa, mereka tak rasa kekok untuk menjadi ‘manusia’,” kata Amyra.

Baca juga: Hansaplast Berjaya Sebar Pendidikan Penjagaan Luka Pada 35,552 Pelajar Sekolah Rendah!

Sementara itu, Amar Baharin juga sempat berkongsikan bahawa anak sulungnya, Aqeef Aanaqi, 7, telah dididik untuk mengerjakan ibadah solat di sekolah serta di rumah.

“Saya rasa didikan awal dalam agama sangat kami utamakan dan kami cuba terapkan ilmu-ilmu agama dari awal supaya dia akan membesar di landasan yang betul,” ujarnya.

Kalau mahu melihat telatah mereka seisi keluarga bersama didikan yang bermanfaat, mari isi masa anda dengan menyaksikan episod penuh di Oh Mummy! Setiap Sabtu, jam 5.30 petang dan hanya di TV3 atau strim sekarang melalui Tonton.

Baca juga: Filem ‘Dalang’ Bongkar Jenayah Kolar Putih Hanya Di Tonton!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×