Euforia Bola 2026
Famili

Hampir 20,000 Sertai Kempen Tonton Non Stop, On Top! Pelajar 22 Tahun Menang Kereta GAC EMKOO 1.5L Turbo

NON STOP ON TOP

Kempen Tonton Non Stop On Top! melabuhkan tirai dengan hampir 20,000 penyertaan selepas berlangsung dalam beberapa pusingan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna.

Bagi pusingan terakhir yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2026, pelajar berusia 22 tahun dari Kuantan, Pahang, Engku Harith Amsyar muncul sebagai pemenang hadiah utama selepas berjaya mengumpul sebanyak 107,153 mata ganjaran.

Baca juga: Merdeka Makin Best! Melaka Tawar Kemasukan Percuma Ke Zoo, River Cruise & Menara Taming Sari 31 Ogos Ini

TONTON NON STOP ON TOP LABUHKAN TIRAI, PELAJAR MENANG KERETA

NON STOP ON TOP

Kemenangan itu melayakkan dia membawa pulang sebuah GAC EMKOO 1.5L Turbo bernilai RM123,800. Berkongsi mengenai kemenangan tersebut, Engku Harith Amsyar menyifatkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang tidak disangka-sangka.

“Saya masih belum memberitahu keluarga dan rakan-rakan mengenai kemenangan ini kerana ingin memberikan kejutan kepada mereka. Saya bercadang membawa pulang kereta ini sebagai hadiah istimewa buat keluarga, selain menggunakannya untuk urusan harian dan perjalanan pulang ke Kuantan nanti,” katanya.

Lebih bermakna, kenderaan berkenaan merupakan kereta pertama yang dimilikinya sebagai seorang pelajar.

Dia turut berkongsi hasrat untuk menggunakan kereta tersebut bersama keluarga, termasuk membawa ibu bapa serta adik-adiknya meluangkan masa bersama.

Kemenangan Engku Harith Amsyar diraikan menerusi majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada 19 Ogos 2026 di GAC Motor Petaling Jaya.

Majlis tersebut turut dihadiri Crystal Lee, Pengarah Jualan dan Kerjasama Strategik, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima Television Networks, serta Loh Ling Howe, Ketua Pegawai Operasi Komersial, WTC Automotif (M) Sdn. Bhd.

Sepanjang kempen Tonton Non Stop, On Top!, sebanyak empat buah kenderaan ditawarkan sebagai hadiah utama menerusi empat pusingan.

NON STOP ON TOP

Selain hadiah utama, pelbagai ganjaran lain turut diberikan kepada peserta yang menyertai kempen sepanjang tempoh berlangsung.

Kempen tersebut dijangka kembali pada tahun hadapan dengan lebih banyak hadiah, kejutan dan pengalaman menarik untuk para pengguna Tonton.

Pengguna juga boleh terus mengikuti perkembangan terkini Tonton serta menikmati pelbagai kandungan hiburan yang tersedia di platform berkenaan.

Baca juga: Kerajaan Kaji Semula Gaji Minimum RM1,700, Naik Atau Tak Akan Ditentukan Majlis Perundingan Gaji Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×