Euforia Bola 2026
Percutian

Merdeka Makin Best! Melaka Tawar Kemasukan Percuma Ke Zoo, River Cruise & Menara Taming Sari 31 Ogos Ini

zoo melaka percuma

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Zoo Melaka percuma untuk dikunjungi pada 31 Ogos 2026, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati masa bersama keluarga tanpa perlu membayar tiket masuk.

Selain Zoo Melaka, beberapa tarikan popular lain di negeri itu turut menawarkan kemasukan percuma pada hari yang sama.

Baca juga: Kerajaan Kaji Semula Gaji Minimum RM1,700, Naik Atau Tak Akan Ditentukan Majlis Perundingan Gaji Negara

ZOO MELAKA PERCUMA 31 OGOS INI & BANYAK LAGI

zoo melaka percuma

Antara tarikan yang menawarkan kemasukan percuma ialah Melaka River Cruise, Eco Cruise Tasik Chinchin, Eco Cruise Sungai Linggi, Zoo Melaka dan Menara Taming Sari.

Melaka River Cruise dan Eco Cruise percuma

Orang ramai berpeluang menikmati pengalaman menyusuri laluan air di Melaka secara percuma pada 31 Ogos 2026.

Bagi Melaka River Cruise, perkhidmatan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang melalui Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman Eco Cruise Tasik Chinchin di Jasin yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sementara itu, Eco Cruise Sungai Linggi pula dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan perkhidmatan melalui Jeti Paya Lebar.

Pengunjung boleh menikmati panorama alam semula jadi selain menghayati kisah dan sejarah yang berkait rapat dengan sungai-sungai di Melaka.

 Zoo Melaka turut dibuka secara percuma

Bukan sahaja tarikan air, Zoo Melaka juga menawarkan kemasukan percuma kepada orang ramai sempena Hari Kebangsaan. Tawaran tersebut adalah pada 31 Ogos 2026, Isnin, dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Bagaimanapun, pengunjung diwajibkan membawa MyKad atau MyKid untuk tujuan pengesahan kemasukan. Mereka yang gagal mengemukakan MyKad atau MyKid akan dikenakan bayaran tiket pada harga biasa.

Menara Taming Sari pun percuma

zoo melaka percuma

Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang menikmati pemandangan Bandaraya Melaka dari Menara Taming Sari secara percuma pada tarikh yang sama.

Kemudahan tersebut dibuka kepada orang ramai pada 31 Ogos 2026 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ini bermakna pengunjung boleh menikmati pengalaman melihat panorama Bandaraya Melaka dari ketinggian tanpa perlu membayar tiket sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Dengan pelbagai lokasi menawarkan kemasukan percuma, Melaka boleh menjadi antara destinasi pilihan untuk keluarga yang ingin mengisi cuti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Orang ramai yang merancang untuk berkunjung disarankan menyemak waktu operasi dan syarat kemasukan sebelum bertolak bagi memastikan perjalanan lebih lancar.

Baca juga: Jadual Waktu SPM 2026 Versi Lengkap, Ini Tarikh Ujian Amali, Mendengar & Peperiksaan Bertulis

Sumber: Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×