Famili

10 Tempat Tumpuan Pelancong Di Melaka Dapat Masuk Percuma Pada 20 Februari Ini

6
SHARES
menara taming sari

Kerajaan Melaka menawarkan masuk secara percuma beberapa tempat di melaka seperti Menara Taming Sari, Melaka River Cruise dan lain-lain lagi.

Kemasukan percuma itu diberikan sempena sambutan Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Februari ini.

Baca juga: 11 Lokasi Bajet Untuk Bakal Pengantin Honeymoon, Dalam Malaysia Pun Seronok Juga

MENARA TAMING SARI & 9 TEMPAT DI MELAKA DAPAT MASUK PERCUMA

menara taming sari

Kredit: Trip.com

1. Melaka River Cruise

Bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang

Rehat jam 1.00 petang – 2.00 petang)

Pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM) menyediakan 15 buah bot di mana setiap bot boleh memuatkan 40 orang pelancong di tiga (3) buah jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.

2. Menara Taming Sari

Bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Promosi ini terhad kepada rakyat Malaysia sahaja.

3. Muzium

Muzium-muzim di bawah perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

4. Zoo Melaka & Taman Burung 

menara taming sari

(FIRST COME, FIRST SERVE BASIS) Sasaran untuk 7,000 pengunjung

Terdapat 2 sesi iaitu:

Sesi 1 pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari
Sesi 2 pada jam 2 petang hingga 3.30 petang

Kaunter Zoo Melaka akan ditutup pada jam 12.30 tengahari sehingga jam 2.00 petang bagi kerja-kerja pembersihan kawasan, pembersihan tandas, pemeriksaan haiwan oleh doktor veterinar.

5. Balai Cerap Al-Khawarizmi

Masuk percuma bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

6. Luna Lights Wonderland (Melaka Wonderland Theme Park)

Bermula 10 pagi hingga 6 petang. Kemasukan percuma ini diberikan kepada semua pelancong domestik dan asing kecuali
kepada kumpulan pelancong yang datang secara berkumpulan atau family day.

7. Taman Laut Negeri Melaka

Kerajaan Negeri menawarkan kemasukan percuma di Taman Laut Negeri Melaka, namun pelancong perlu membayar kos
tambang dan peralatan sahaja untuk meneroka tiga pulau iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka.

8. Kelab-Kelab Golf Negeri Melaka

Terdapat 5 buah kelab golf di Melaka juga menawarkan green fee percuma. Walau bagaimanapun, terdapat caj sewaan buggy dikenakan.

9. Muzium Penjara Malaysia Melaka

Mula beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang dan kemasukan percuma diberikan kepada semua pelancong, tidak kira pelancong domestik atau pelancong asing.

10. Malaysia Heritage Studios

Masuk percuma jam 10 pagi hingga 6 petang.

Tidak dilupakan, orang awam juga boleh menikmati parkir percuma di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT)

Wah! Jangan lepaskan peluang untuk lawati tempat menarik di Melaka ini.

Baca juga: 15 Tempat Menarik Di China Kena Singgah Bila Dah Sampai, Barulah Lengkap Percutian!

Sumber: Facebook Orang Melaka & Melaka Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×