Dapur

Cara Buat Chicken Rice Ball Viral & Unik Untuk Santapan Si Manja

Rice ball merupakan salah satu cara untuk mempelbagaikan hidangan nasi khususnya kepada anak-anak kecil. Maklumlah bukan mudah untuk anak-anak suka makan nasi kan? Cara lain yang anda boleh pelbagaikan cara pembuatan rice ball ini adalah dengan menambah ayam dan jadikan sebagai chicken rice ball. Tengok rupa hidangan pun dah unik!

RESEPI CHICKEN RICE BALL

Bahan-bahan

1. Daging ayam kisar

2.Bawang besar*

3.Bawang putih*

4.Lobak merah*

5.Halia -diparut

6.Lada hitam -ditumbuk

7.Garam

8.Beras

Cara-cara

1. Bahan dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.

2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.

3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.

4. Kukus bebola dalam 15 – 20 minit. Siap untuk dihidang.

Sumber : Fazariana Mohd Ali

Yang Popular

To Top