Santau merupakan suatu kepercayaan ilmu hitam yang mendalam terhadap jin dan syaitan. Konsep santau melekat erat dalam beragam tradisi dan kepercayaan suatu masyarakat. Ia sering kali dihubungkan dengan ilmu hitam, kekuatan ghaib, dan pengaruh spiritual yang memberikan pelbagai tanda santau pada mangsa yang mengalaminya.
Justeru itu, mari ketahui tanda-tanda terkena santau yang diambil berdasarkan drama series, Perempuan Ilmu Hitam dan kini boleh distrim di Tonton.
Baca juga: Hansaplast Berjaya Sebar Pendidikan Penjagaan Luka Pada 35,552 Pelajar Sekolah Rendah!
TANDA SANTAU MELALUI DRAMA ‘PEREMPUAN ILMU HITAM’
10 TANDA TERKENA SANTAU
1. Batuk berterusan dan tidak sembuh
Batuk yang berterusan walaupun makan ubat hospital masih tidak baik-baik. Selain itu, gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh dan ada yang selama 24 jam.
2. Badan rasa mencucuk-cucuk
Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum yang mencucuk di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha dan kaki.
3. Mati selera makan
Tiada selera makan kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah.
4. Sukar tidur malam
Susah nak tidur malam dan kerap mengantuk di siang hari.
5. Fikiran tidak tenteram
Fikiran tidak tenteram sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri.
Baca juga: Filem ‘Dalang’ Bongkar Jenayah Kolar Putih Hanya Di Tonton!
6. Gemar bersendirian
Suka bersendirian kerana tidak suka bergaul dengan orang ramai.
7. Muntah darah mengandungi benda pelik
Muntah darah atau benda pelik seperti paku dan rambut.
8. Berubah watak jadi pembenci dan pemarah
Menjadi pembenci dan pemarah kerana sifat ini dibangkitkan oleh jin, syaitan dan iblis.
9. Tubuh badan rasa lemah sendi
Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan
10. Mimpi haiwan berbisa
Mimpi binatang berbisa seperti ular dan lipan
Baca juga: Ikhtiar BATAL SIHIR, Baca 7 Surah Dalam Al-Quran Ini Setiap Pagi & Petang!
Jika tanda-tanda terkena santau ini tak diubati dengan segera, ia boleh membawa maut. Ketahuilah agama Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir, seperti Firman-Nya:
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
Maksudnya: “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).” (Surah al-Falaq, 113:4)
Dalam sebuah hadith ada menyebutkan:
حَدُّ السَّاحِرِ ضَرْبَةٌ بِالسَّيْفِ
Maknanya: Had (hukuman) bagi tukang sihir adalah bunuh. (Riwayat Al-Tirmizi, 1460)
Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya.
Baca juga: Cara Matikan Racun Santau Dan Sihir, Ustaz Kata Baca Ayat Mustajab Dalam Air Buah Ini
Strim Perempuan Ilmu Hitam di Tonton
Sementara itu, Perempuan Ilmu Hitam dibintangi oleh Siti Hariesa sebagai Lisa, Chacha Maembong sebagai Afifah, Fify Azmi sebagai Sara, Didie Alias sebagai Mbah Nira, Josiah Hogan sebagai Azhar, Syazwan Zulkifly sebagai Bakry dan Nazim Othman sebagai Cairyl.
Strim Perempuan Ilmu Hitam sekarang melalui Tonton pada setiap hari Khamis! Strim secara percuma, langgan lagi layan!
Baca juga: Ini 4 Tricks ‘Skateboard’ Popular Mudah Belajar & Tonton Originals: Alice Kampung Baru!