Membongkar kebenaran sememangnya sebuah tugas hakiki seorang wartawan. Namun, bagaimana jika kebenaran yang dicari itu hanyalah sebuah hiasan yang dimanipulasi oleh seorang dalang?
Baru-baru ini, filem Dalang telah ditayangkan eksklusif di Tonton dengan kerjasama Finas. Di mana, naskhah terbaharu ini adalah hasil terbitan Lumatic Films dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha.
Baca juga: Ini 4 Tricks ‘Skateboard’ Popular Mudah Belajar & Tonton Originals: Alice Kampung Baru!
DALANG
Filem bergenre jenayah dan misteri ini menggandingkan pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Liyana Jasmay, Wan Raja, Nesa Idrus, Arash Mohamad, Aziz M. Osman, Imuda, Idan Aedan, Megat Adli, Abi Madyan, Yuyun Hikmah dan Fadhli Masoot.
Dalang mengisahkan tentang Zain (Luqman Hafidz) yang sering berhadapan dengan pelbagai rintangan, baik dalam tugasnya sebagai seorang wartawan jenayah bebas mahupun kehidupan peribadinya.
Zain mempunyai caranya yang tersendiri membuatkan dirinya sering mendapat informasi dalam menjejak berita mengenai aktiviti jenayah kolar putih. Kepakaran Zain dalam membongkar rahsia jenayah kolar putih itu membuatnya didekati oleh sebuah kumpulan bebas yang nekad untuk membantu mangsa-mangsa tertindas dek penyalahgunaan kuasa.
View this post on Instagram
Baca juga: 3 Sebab Kenapa Kena Tengok CIK LANG SWE Di Tonton!
Ikhlas (Aziz M. Osman) adalah seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Dia juga menjalankan operasi rahsia tersebut bersama Ayu (Liyana Jasmay).
Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas itu sekaligus membuka papan percaturan untuk menangkap seorang dalang dalam sebuah kes kegiatan gelap oleh wakil penduduk tempatan iaitu Dato’ Pin (Arash Mohamad).
Saksikan filem terbaharu, Dalang secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton bermula 20 Disember 2023.
Trailer: