Dapur

Resepi Kuah Yong Tau Fu Hitam & Merah, Rasa Sama Macam Di Pasar Malam Kegemaran Anda!

28
SHARES

Setiap kali berkunjung ke pasar malam, antara makanan yang wajib dibeli sudah semestinya Yong Tau Fu. Tapi malangnya, ada ketika apabila peniaga yang menjual yong tau fu itu tutup perniagaan pada hari anda teringin untuk makan yong tau fu. Jadi, jalan penyelesaian untuk menghilangkan rasa teringin ini adalah dengan buat sendiri kuah yong tau fu serta bahan-bahan lain.

Memang susah nak dapat rasa dan tekstur kuah yang pekat macam dijual oleh peniaga yong tau fu kegemaran anda. Namun, resepi kuah yang dikongsikan oleh Hana Kitchen ini dapat menjamin kepuasan buat penggemar yong tau fu semua. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Bakar Pandan Versi Guna Pengisar, Manis Berlemak & Lembut Kejadiannya!

Resepi Kuah Yong Tau Fu

kuah yong tau fu

Bahan-bahan untuk buat kuah hitam:

-2 sudu makan taucu
-2 sudu makan tepung jagung
-2 sudu makan tepung gandum
-3 sudu makan kicap pekat
-3 sudu makan sos tiram
-1 sudu makan gula (ikut selera masing-masing kalau suka manis lebihkan gula)
-4 cawan air
*Masukan semua dalam pengisar. Kisar bagi taucu halus, lepas itu masak bagi mendidih sekejap

Bahan-bahan untuk buat kuah merah:

-1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
-1 sudu tepung gandum
-1 sudu tepung jagung
-1 sudu makan gula (ikut selera masing-masing kalau suka manis lebihkan gula)
-4 cawan air
-1/4 sudu makan garam
-3 sudu cili kisar
*Kisarkan semua bahan dekat atas bagi kacang halus..

1.Panaskan sikit minyak. Tumis 2 biji bwang putih yang sudah diketuk.

2.Letak 3 sudu makan cili kisar, tunggu sehingga kering.

3.Masukkan semua bahan dalam blender tadi. Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit.

4.Dah boleh makan dengan apa-apa bebola,fish cake, sayur, sotong kembang dan kangkung.

5.Siram kuah di atas bebola ikan, fish cake, kangkung..tabur bijan sangai atau bawang goreng.. siap untuk dimakan!

 kuah yong tau fu

*Sedapnya! Boleh juga cuba untuk dijadikan menu semasa berbuka puasa nanti.

Baca juga: Resepi Air Tangan Ibu Buat Patty Ayam Homemade, Anak-Anak Puji Sedap Sangat!

Sumber: Hana Kitchen via Sri Sal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×