Sebuah syarikat katering dikenali sebagai Juq Kitchen di laman TikTok, baru-baru ini telah berkongsikan kisah keluarga yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan anak perempuannya di saat akhir.
Perkongsian Juq Kitchen itu telah meraih pujian warga maya dek kerana syarikatnya memulangkan semula bayaran awal dilakukan oleh pelanggannya itu, termasuklah deposit untuk pakej terbabit.
MAJLIS PERKAHWINAN BATAL ‘LAST MINUTE’, KATERING PULANGKAN SEMUA WANG
Beri bayaran balik termasuk deposit kepada pelanggan
Menurut Juq Kitchen, pihak lelaki telah memutuskan pertunangan sekaligus menyebabkan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung lagi dua minggu itu terpaksa dibatalkan.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa belah perempuan itu, pihak katering membuat keputusan sedemikian.
“Maaf puan terpaksa cancel katering. Pihak lelaki batalkan pertunangan. Nanti puan bagi nombor akaun (bank) katering,” kata pelanggan tersebut.
Baca juga: 10 Jenis Ujian & Cabaran Dalam Tempoh Bertunang Yang Kena Siap Sedia
Pihak katering belum beli barang mentah
Walaupun hari majlis sudah hampir tiba, namun pihak katering menjelaskan di ruangan komen bahawa mereka belum lagi menempah barang-barang mentah daripada pembekal.
Di akhir perkongsian, syarikat berkenaan turut mendoakan agar urusan sebelah perempuan dipermudahkan.
“Semoga Allah beri ketenangan kepada keluarga puan dalam menghadapi ujian ini,” ujar Juq Kitchen.
Baca juga: Resepi Nasi Minyak ‘Simple’, Set Lengkap Dengan Lauk-Pauk & Acar Mentah!
Ruangan komen dibanjiri dengan pujian orang ramai
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan pihak katering kerana berhati mulia untuk memberikan semula bayaran dikenakan kepada pelanggan yang ditimpa dugaan itu.
Bukan sahaja mereka mendoakan kesulitan yang dialami oleh pelanggan itu dipermudahkan, malah perniagaan syarikat katering itu lebih berjaya.
“Semoga cik puan yang uruskan catering dan pihak yang terpaksa batalkan majlis didoakan diganti dengan yang lebih baik. Amin!
“Syukur masih ada catering macam ini yang faham situasi dan permudahkan urusan. Jujur dan ikhlas dalam business. Semoga terus maju.
“Terima kasih kerana permudahkan urusan keluarga ini. Semoga murah rezeki owner katering.
“Kita mudahkan urusan orang, maka Allah permudahkan urusan kita. Terima kasih kerana memahami, kasihan mereka dan doa yang baik saja.
“Kita pun tak jangka benda ini akan berlaku, semoga business awak sentiasa maju dan berjaya ya,” antara komen positif yang membanjiri hantaran tersebut.
@juqkitchen Perkara yang tidak di jangka akan berlaku . Barang2 untuk masak katering pon belum beli kita refund 💯 payment pada Customer . Insya Allah siapa pernah berurusan dengan kami mesti tahu , kami akan pulangkan segala deposit yang telah di buat sekiranya tidak jadi ambil kateribg dari kami #katering #kateringmelaka #kateringsedapmelaka #kateringasampedas #kateringasampedas #kateringsedapmelaka #melaka #fooddeliverymelaka #kateringkahwin #melakafoodie
Sumber: TikTok @juqkitchen
FT Image: TikTok @juqkitchen