Famili

“Dah Masuk 3 Tahun Tak Bayar…” Lelaki Ini Pesan Jangan Bagi Pinjam Duit Kalau Tak Nak Hilang Kawan

74
SHARES
pinjam duit

Menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan adalah perkara yang mulia. Misalnya, memberi pinjam duit kepada sahabat yang berada di dalam kesulitan.

Namun, kebaikan yang dihulurkan kadang-kadang boleh meretakkan hubungan persahabatan apabila pihak peminjam tidak memulangkan semula wang yang dipinjamkan. Secara tidak langsung, menimbulkan rasa kurang senang kepada  pihak pemiutang.

Baca juga: [VIDEO] Terpaksa Batal Kahwin ‘Last Minute’, Syarikat Katering Pulang Semua Wang Termasuk Deposit Raih Pujian!

PINJAM DUIT KAWAN TAPI TAK RETI NAK BAYAR

pinjam duit

Gambar: Shah Affendi

Itulah yang dirasakan oleh saudara Shah Affendi melalui pengalamannya sendiri meminjamkan wang kepada para sahabatnya. Disebabkan itu, dia menitipkan  nasihat kepada orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan pinjaman wang biarpun individu tersebut adalah sahabat sendiri, jika tidak mahu hilang kawan.

Baca juga: “Ia Umpama Beri Saya Peluang Kedua Hidup,” Anak Menangis Bapa 56 Tahun Sanggup Dermakan Buah Pinggangnya!

Saya nak pesan pada semua lah. Kalau kawan nak pinjam duit lebih baik kau jangan tolong. Kalau kau tolong pinjamkan duit, aku jamin confirm terus tak kenal lah.

Ini baru satu peminjam yang degil untuk bayar, aku ada senarai dekat lebih 10 orang yang pinjam jumlahnya dekat RM200K.

Kalau hutang itu bayar sikit sikit berjalan kita okey, nak ikat loan 35 tahun pun okey. Ini ada yang 2-3 tahun diam terus, janjinya 15 hari bulan bayar, hujung bulan bayar…tahu tahu dah 3 tahun hahaha.

Ingat pesan saya ya, kalau kawan nak pinjam duit lebih baik tolak cara elok. Kita tak nak hilang kawan, kalau nak bantu itu bagi lah semampu kita dan halalkan.

Baca juga: Pernah Gagal Subjek Di Universiti Kini Graduan PhD, Orang Bijak Pun Boleh Kalah Bila Terapkan Disiplin & Rajin!

Sumber: Shah Affendi

FT Image: Nadzirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×