Sikap seolah-olah ‘hilang ingatan’ oleh penghutang selepas pinjam duit, sering sahaja memberikan dilema kepada pemiutang. Lagi pula, penghutang tersebut merupakan orang terdekat dengan diri pemiutang yang dalam keadaan terdesak memerlukan wang.
Pemiutang yang tinggi rasa belas kasihan dan atas dasar percaya, terus sahaja memberikan wangnya. Dan tidak sempat atau mungkin tidak terfikir untuk membuat surat ‘hitam putih’ yang boleh dijadikan sebagai bukti perjanjian antara peminjam dan pemberi pinjam.
Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!
PINJAM DUIT TAK BAYAR, BUKTI LAIN BILA TIADA SURAT HITAM PUTIH

Gambar hiasan: penulis
Apabila kehidupan penghutang sudah beransur baik, selamba sahaja tidak ingat akan wang yang dipinjam dahulu. Sementara pemiutang pula ibarat luah mati emak, telan mati bapa untuk pergi menagih hutang dek kerana hubungan erat yang pernah terjalin sebelumnya itu.
Jangan risau, kalau anda segan untuk pergi menuntut hutang, biarkan undang-undang membantu anda. Walaupun tiada surat perjanjian, anda boleh mengemukakan bukti lain di mahkamah sebagaimana dikongsikan oleh seorang peguam di laman TikTok.
Baca juga: Ingat ‘Rules’ Ini Jika Nak Buat Loan Beli Rumah, Elak Keluarga Porak-Peranda!
Baca juga: Elak Deposit Hangus Walau Menang Bida RUMAH LELONG, Perunding Hartanah Kongsi Tips!
Bukti lain jika tiada surat perjanjian antara pemiutang dan penghutang
Menerusi video yang dikongsikan, peguam Syafiq memberitahu bahawa terdapat cara yang boleh dilakukan oleh pemiutang untuk menuntut hak mereka menerusi tindakan undang-undang.
Pertama sekali adalah dengan cara menunjukkan sebarang perbualan bahawa penghutang pernah meminta untuk meminjam wang daripada pemiutang.
Kedua, sekiranya tiada sebarang perjanjian atau ‘hitam putih’, pemiutang perlu memastikan semua pinjaman terdokumentasi dengan jelas termasuk bukti resit transaksi bank atau pemindahan wang.
Akhir sekali pemiutang boleh menggunakan bukti-bukti yang menunjukkan penghutang pernah membayar hutang walaupun dalam kadar yang rendah untuk dikemukakan di mahkamah.
Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!
“Bagi pinjam duit dekat kawan tengah terdesak. Tak sempatlah nak buat hitam putih. Apa bukti lain boleh guna untuk tuntut hutang di mahkamah?
” 1. WhatsApp chat penghutang minta duit. 2. Slip transaksi. 3. Bukti penghutang ada membuat bayaran sikit-sikit,” jelasnya di dalam video.
Nota:
Pemiutang ialah orang yang memberi pinjaman wang, manakala penghutang pula orang yang meminjam wang.
@syafiqsb123
Baca juga: Tarikh Semakan Dividen ASB 2024 ‘Online’ & Kaunter, Serta Langkah Untuk Daftar Aplikasi!
Sumber: TikTok Peguam Syafiq
FT Image: Berita Harian