Didik

Elak Deposit Hangus Walau Menang Bida RUMAH LELONG, Perunding Hartanah Kongsi Tips!

2
SHARES
rumah lelong

Bagi anda yang berminat untuk membeli rumah lelong, ketahuilah terdapat banyak risiko yang bakal dihadapi. Antaranya seperti pembayaran deposit tidak akan dipulangkan, meskipun menang bida kerana pinjaman bank anda tidak lepas.

Justeru itu, bagi mencegah kemungkinan ini berlaku ikuti nasihat dari seorang Perunding Hartanah, Fairyna Sharina.

Baca juga: Ini Cara Bezakan Status Tanah Hakmilik Sementara & Hakmilik Kekal, Jangan Keliru Lagi!

RUMAH LELONG

rumah lelong

Gambar: Fairyna Sharina

If you tak ready nak beli rumah lelong, better don’t! Beli rumah lelong ada banyak risiko.

Risiko pertama yang sebolehnya nak elak: Deposit akan “burn”, tidak akan dipulangkan jika lepas menang bid (bida), you tak dapat loan (pinjaman) atau loan you reject oleh bank.

Melainkan, you sediakan tunai untuk bayaran penuh. Jika tiada, tolong bagi kerjasama untuk semak kelayakan loan.

Baca juga: 7 Tanda Pasangan Belum ‘Ready’ Nak Kahwin, Bercinta Dah Lama Bila Nak Sandingnya?

Saya ada je client gaji 5 angka, gaji masih cukup untuk beli rumah. Tapi lepas hantar loan, tak dapat loan bank sebab bad payment history (sejarah pembayaran yang buruk). Ini kes rumah projek, jadi booking fee akan dipulangkan jika loan ditolak.

Saya pun semak kelayakan untuk loan rumah lelong, masih minta khidmat banker atau mortgage yang beribawa. Tak berani nak kata 100% yakin loan you akan lepas.

Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

Tapi itulah…nak masuk lelong melalui saya, memang saya akan minta dokumen loan. Jika tak bagi kerjasama, you tak nak proceed, saya lagi tak nak proceed.

Even you akan sign form yang ada nyatakan “will not be liable or held responsible for any outcomes of the loan eligibility.” Still I have responsibility to avoid untuk sebarang kemungkinan, sedaya upaya menolong you elak risiko-risiko yang ada untuk rumah lelong.

Ada duit boleh usha rumah lelong dalam telegram. Di bawah ini gambar rumah teres di Sungai Buloh nak di lelong RM288k. Murah! Tolong periksa alamat penuh, saya kongsikan dalam telegram.

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Bil Tak Melambung, Terutama Rumah Pakai Aircond & Pemanas Air!

Sumber: Fairyna Sharina

FT Image: Properly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×