Didik

Wanita Ini Kongsi Cara Cepat Langsai Loan Rumah, Tua Nanti Dah Tiada Hutang!

2
SHARES
loan rumah

Bagi anda yang masih belum habis membayar pinjaman atau loan rumah, mungkin melalui kaedah bayaran prinsipal pembiayaan rumah ini dapat membantu anda melangsaikannya dengan cepat. Tetapi, ada jenis pinjaman tertentu sahaja yang boleh.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang wanita bernama Riyan Azer, di hantaran Facebooknya sehingga mendapat perhatian netizen. Nak tahu lebih lanjut mengenai cara, syarat dan manfaat bayaran prinsipal ini, ikuti penjelasannya di bawah.

Baca juga: 6 Tanda Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook, Selamat Dari Kena ‘Scam’!

LOAN RUMAH

loan rumah

Gambar: Riyan Azer

Alhamdulillah, ini tahun ke-2 aku bayar prinsipal pembiayaan rumah. Pembiayaan atau loan. Aku sebut pembiayaan sebab aku pilih pinjaman secara islamik. 

Kalau masih ada yang tak tahu. Kita sebenarnya boleh langsaikan cepat loan rumah dengan buat bayaran prinsipal. Buat bayaran lebih setiap bulan atau bayar lebih setiap tahun.

Macam aku lebih selesa buat bayaran lebih setiap tahun. Senang simpan 1 resit saja 1 tahun. Senang buat rekod.

Baca juga: 5 Kaedah Hapus Dokumen Penting Yang Tak Terpakai, Maklumat Sensitif Pun Selamat!

Caranya:

  1. Pergi saja di kaunter bank.
  2. Beritahu mahu bayar prinsipal loan rumah.
  3. Boleh bayar cash atau tolak dari akaun bank kamu.

Tapi ikut jenis loan rumah juga ya. Hanya jenis loan semi-fleksi dan  fleksi-penuh saja yang boleh bayar extra ini.

Bagusnya bayar prinsipal ini sebab:

1. Dapat selesaikan loan rumah lebih awal

Contoh: Tempoh loan 30 tahun dapat selesai 20 tahun saja.

2. Dapat kurangkan bayaran faedah pinjaman.

Ini paling sakit hati kalau tengok. Bayar tiap bulan tapi loan tidak berkurang, rupanya banyak bayar faedah saja hehe. Kalau bayar prinsipal, nah terus kurang jumlah loan.

3. Dapat hidup tenang sebab tiada hutang di usia tua

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk pejuang rumah atas nama sendiri.

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Bil Tak Melambung, Terutama Rumah Pakai Aircond & Pemanas Air!

Notes ‼️

Memandangkan status ini tular, banyak saya baca soalan berulang. Mohon scroll komen-komen awal ya untuk dapatkan jawapan umum.

Soalan teknikal seperti berapa jumlah bayaran prinsipal yang sepatutnya dan cara bayaran: mohon rujuk LO/loan agreement anda atau banker masing-masing kerana setiap pembiayaan atau pinjaman orang berbeza-beza.

Baca juga: Tak Semua Orang Tahu, Ini 17 Jenis Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Ahli!

Sumber: Riyan Azer

FT Image: xb100

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×