Ramai memasang impian untuk mempunyai rumah sendiri. Namun, proses memperolehnya bukan mudah jika kewangan tidak begitu membantu tanpa membuat pinjaman (loan) dari bank. Kalau berhasrat untuk membuat pinjaman, tips beli rumah pertama ini yang anda perlukan.
Bila nak buat pinjaman untuk membeli rumah, anda kena ingat pesanan penting dikongsikan Mohd Ezairol Rezan Zainol ini sampai bila-bila.
Baca juga: Gaji 3 Ribu Sebulan, Harga Rumah Macam Mana Layak Beli? Ini Pengiraannya!
TIPS BELI RUMAH PERTAMA DENGAN ‘LOAN’
Bayaran ansuran bulanan JANGAN LEBIH 30% GAJI
Jika berhasrat nak buat loan (pinjaman) beli rumah, ingat “RULES” ini sampai bila-bila.
Bayaran ansuran bulanan jangan lebih 30% dari gaji kita. Dan kalau buat “combine loan” pun sama, jangan sampai lebih dari 30% bila kedua-dua gaji suami isteri itu disatukan.
Contoh:
“Gaji suami 4K dan gaji isteri 2K, jumlahnya 6K. Jadi, bayaran ansuran loan rumah sebaiknya jangan lebih dari 30% atau RM1800 sebulan.”
Please guys. Ingat benda ini sampai mati!
Baca juga: Harga Rumah Semasa Ikut Jenis 7 Kediaman Ini, Mana Satu Idaman Anda?
Banyak rumah lelong atas gabungan ‘loan’ suami isteri yang tertekan nak bayar lepas bercerai
Selama aku terlibat dengan aktiviti rumah lelong ini, banyak aku jumpa rumah yang kena lelong atas combine loan suami isteri. Puncanya akibat bercerai dan salah satu faktornya adalah akibat tertekan bayar “housing loan”.
Ramai orang ingat dia boleh bayar loan 1.8K sebulan itu, tapi ramai juga yang lupa baki gaji yang tinggal cuma lebih kurang 4K sahaja. Dengan 4K anda nak bayar:
- Duit kereta
- Keperluan sekolah anak
- Belanja dapur kering/basah
- Komitmen lain lagi
Dengan ansuran bulanan 30% ini pun kita dah rasa sesak, cuba kita buat pinjaman rumah lebih dari itu.
Baca juga: Data Terkini Purata Gaji Di Malaysia, Kuala Lumpur Paling Tinggi & Kelantan Terendah!
Cari rumah biasa dulu asalkan keluarga tak porak-peranda bebanan hutang rumah
Nasihat aku carilah rumah biasa-biasa saja dulu. Flat atau apartment lama pun tak apa. Memanglah tak cantik dan tak wow tapi ia tak buat keluarga kita jadi porak-peranda sebab bebanan hutang rumah.
Jangan ikut kata nafsu. Kita perlahan-lahan kayuh. Nanti bila dah semakin stabil, gaji dah naik, upgradelah masa itu.
Anak-anak masa sekolah ini banyak juga keperluan mereka. Macam aku dulu, lepas 7 tahun duduk, baru aku upgrade ke rumah baru yang lebih selesa.
Ingat pesan abang ini, dik.
Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
FT Image: jcomp / Mohd Ezairol Rezan Zainol