DIY & Kraf

Cara Kilatkan Barang Kemas Guna Air Serbuk Teh, Puas Hati Tengok Warna Tak Kusam!

1
SHARES
CARA KILATKAN BARANG KEMAS

Seperti mana kita tahu, perhiasan diri lebih mudah pudar dan kusam sekiranya dipakai setiap hari. Selain anda menghantar di kedai, boleh juga cuba cara kilatkan barang kemas seperti di bawah ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pengguna aplikasi Facebook ada berkongsi cara kilatkan barang kemas kusam yang diajar oleh arwah ibunya.

Baca juga: Cara Kilatkan Kuali Terlajak Bersinar Guna 1 Bahan Ini, Tak Payah Bazir Beli Baru

CARA KILATKAN BARANG KEMAS YANG KUSAM, GUNA AIR INI

CARA KILATKAN BARANG KEMAS

Jelasnya, arwah ibu pernah berpesan bahawa sekiranya hendak mencuci barang kemas, tidak perlu ke kedai kerana boleh cuci sendiri di rumah.

“Arwah mak selalu pesan, kalau nak cuci emas tak payah susah-susah pergi cuci di kedai. Cuci sahaja sendiri dekat rumah kerana lebih selamat, cepat dan puas hati,” ujarnya.

Cara kilatkan barang kemas yang kusam adalah anda perlukan:

Cara penyediaan:

1. Ambil sedikit serbuk teh dan rendam di dalam air suam sehingga berubah warna seperti gambar di atas.

2. Kemudian, masukkan barnag kemas ke dalam air serbuk teh dan biarkan seketika.

3. Guna berus gigi dan gosok barang kemas anda untuk menghilangkan segala kotoran degil serta daki yang melekat.

4. Bilas menggunakan air bersih dan sedia untuk digunakan.

Cara kilatkan barang kemas ini ternyata menjadi dan anda pasti terkejut dengan hasilnya.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!

Baca juga: Tak Sangka Ada Banyak Kegunaan Cuka Untuk Pakaian, Baju Pun Lebih Mudah ‘Iron’!

Sumber: Facebook Rinda Sofea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×