“Buruknya. Macam mana cara kilatkan kuali ini..”
Antara alatan dapur yang sering digunakan setiap hari sudah pastinya kuali. Ini akan menyebabkan perkakas anda mudah kotor dan berkarat sehingga tidak sesuai untuk dipakai.
Jadi, bagi mengelakkan anda rugi dan perlu membeli perkakas baharu, apa kata guna sahaja cara kilatkan kuali seperti perkongsian di bawah ini. Lebih menarik lagi, hanya 2 bahan utama diperlukan untuk kuali kembali bersinar.
Baca juga: Tak Sangka Ada Banyak Kegunaan Cuka Untuk Pakaian, Baju Pun Lebih Mudah ‘Iron’!
CARA KILATKAN KUALI TERLAJAK BERSINAR, SENANG JE
Bahan diperlukan:
- Kapur
- Berus dawai
Cara-cara penyediaan:
1. Ambil periuk yang sudah berkarat dan sental menggunakan kapur.
2. Kemudian, di dalam kuali besar, masukkan air dan biar sehingga mendidih.
3. Apabila air sudah mula mendidih, masukkan kuali yang sudah disapu kapur sebentar tadi.
4. Biarkan air rebusan tadi mendidih dan berbuih.
5. Setelah itu, angkat dan sental menggunakan berus besi.
6. Toreh menggunakan pisau sehingga kerak kuali hilang.
7. Buat sehingga kerak habis dan kuali kembali berkilat seperti sedia kala.
Selain itu, ada juga beberapa cara lain untuk kilatkan kuali anda:
Garam dan lemon
– Taburkan garam kasar di permukaan kuali.
– Gosok kuali dengan potongan lemon sehingga kotoran tertanggal.
– Bilas dengan air suam dan lap kuali sehingga kering.
Baking soda dan cuka
– Campurkan sedikit baking soda dengan cuka putih sehingga berbuih.
– Sapukan campuran ini pada permukaan kuali dan biarkan selama 10-15 minit.
– Gosok dengan span kasar atau berus.
– Bilas dan lap kuali hingga kering.
Cara kilatkan kuali boleh cuba dibuat di rumah dan sudah pastinya menjimatkan kerana tidak perlu membeli perkakas dapur yang baharu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Halau Tikus Guna 7 Bau Paling Dibenci, Tak Payah Guna Perangkap Dah!
Sumber: Facebook Tarmimi Hawa