DIY & Kraf

Wanita Ini Kongsi Idea Baju Lama Anak Jangan Buang Tapi Boleh Dijadikan Selimut

4
SHARES
BAJU LAMA ANAK

Antara dilema setiap mak adalah sayang nak buang baju lama anak walaupun sudah tidak muat dipakai. Akhirnya baju itu disimpan dan dibiarkan begitu sahaja di dalam almari sehingga beberapa tahun.

Apa kata ibu-ibu semua cuba ikut idea yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Ain Amira ini. Baju lama anak dijadikan selimut dengan menggunakan kaedah ‘patch work.’ Memang wow sangat!

Baca juga: 7 Cara Cuci Baju Sekolah Anak Guna Bahan Dapur, Hasilnya Putih Macam Baru Beli!

BAJU LAMA ANAK JANGAN BUANG TAPI BUAT SELIMUT MACAM NI

BAJU LAMA ANAK

Menurut Ain, dia menerima 2 beg berisi baju kanak-kanak daripada rakannya yang meminta untuk dijadikan sesuatu. Ain akhirnya mendapat idea untuk membuat selimut daripada baju tersebut.

“Terima 2 beg berisi baju terpakai kanak-kanak dari seseorang. Minta dijadikan sesuatu dari baju ini. Dilema mak-mak bila baju anakdah tak muat mesti macam ni kan?

“Nak disimpan banyak sangat, nak dibuang tapi sayang, nak bagi orang macam tak padan. Fikir punya pikir maka jadilah selimut. Boleh juga diguna dan disimpan jadi kenangan sampai anak besar,” jelasnya.

Jadi, cara membuat selimut ini adalah seperti berikut:

1. Sediakan baju. Ain menggunakan 56 helai untuk menghasilkan selimut tersebut.

2. Kemudian potong bahagian tangan dan leher. Ambil bahagian tengah baju sahaja.

3. Saiz setiap baju adalah 8×8 inci.

4. Jahit dan cantumkan setiap baju. Bahagian belakang juga perlu dijahit dengan baju lain juga.

Siap!

Sekiranya ibu ada masa lapang, boleh cuba idea perkongsian ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 5 Cara Cuci Barang Kemas Di Rumah, Jimat Duit & Confirm Berkilat-Kilat!

Sumber: Facebook #kemasrumahwithhani Ain Amira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×