“Banyak betul baju-baju aku ni, sampai dah tak muat almari. Kebanyakannya masih elok lagi. Hmmm… Tak silap aku ada cara buat baju anak daripada baju-baju lama ni. Rasa ‘gatal’ tangan juga nak buat sesuatu yang kreatif.”
Percaya tak, anda boleh hasilkan dress yang sangat comel menggunakan T-shirt dan baju terpakai dengan mudah!
Perkongsian kali ini adalah daripada hasil tangan Puan Afifah Nazri. ‘Step-by-step’ DIY yang ditunjukkan sangat terperinci dan jelas. Bolehlah anda jadikannya sebagai projek hujung minggu atau di masa lapang.
Cara Buat Baju Anak Daripada T-Shirt Terpakai
Anda mesti ada banyak baju-baju terpakai yang masih elok, terutamanya T-shirt. Jom ‘recycle’ baju ini dengan mentransformasikannya kepada dress comel si anak.
Bahan:
- Sehelai T-shirt dewasa
- Gunting
- Getah / tali
- Riben
- Renda/ruffles (optional)
*Tidak terhad kepada T-shirt saja, anda juga boleh menggunakan kemeja atau pakaian lain. Caranya tetap sama.
Langkah 1: Potong Lengan
Mula-mula, ratakan baju dengan cermat. Potong kedua-dua lengannya begini.
Langkah 2: Potong Bahagian Atas
Seterusnya potong bahagian atas t-shirt seperti dalam gambar.
Begini hasilnya selepas dipotong.
Langkah 3: Lipat & Pin
Lipatkan bahagian baju ke hadapan dan pin kedua dia bahagian lengan lebih kurang 3/4 inci.
Lepas dah pin nanti akan jadi begini ya.
Langkah 4: Jahit
Jahitkan bahagian yang sudah dilipat tadi dan ia akan membentuk satu laluan yang akan dimasukkan tali / getah.
Kalau pandai jahit tangan, anda tak perlu pun menggunakan mesin jahit. Cuma perlu jahitan biasa saja.
Sebelah dah siap dijahit.
Jahitkan sebelah lagi dengan cara yang sama.
Langkah 5: Masukkan Getah
Apabila diap dijahit, ambil getah dalam ukuran 1/8 inci atau 1/4 inci lebar.
Panjangnya pula boleh cuba rujuk ukuran leher t-shirt anak-anak. (Agak-agak muat kepala anak.)
Masukkan getahnya begini.
Tips: Gunakan pin untuk memudahkan getah ditarik dalam laluan tersebut.
Bila dah tarik sampai hujung yang lagi satu, pinkan dengan jarum peniti buat sementara sebelum mencantumkannya.
Langkah 6: Cantumkan
Bila dah masukkan getah pada dua-dua bahagian, cantumkan getahnya dengan jahitan yang kukuh.
Selepas itu, tarik hingga jadi begini ya.
Ini hasilnya. Kalau nak ikutkan, asasnya sampai di sini saja. Yang selebihnya adalah ‘optional’, sekadar untuk mencantikkan lagi dress tersebut.
Mudah kan?
Langkah 7: Ikat Reben
Untuk menaikkan lagi ‘seri’ dress ini, bolehlah gunakan reben atau tali-tali yang cantik.
Sematkan dengan jahitan supaya nampak kemas. Ikatkan pada salah satu bahagian hujung tadi.
Langkah 8: Tambah Renda
Klau ada, guna renda atau ‘ruffles’ yang cantik untuk disematkan di bahagian bawah baju. Kalau kreatif dan ada lagi baju terpakai, boleh manfaatkan daripada situ juga.
Jahit lebih kurang seinci basi.
Potong lebihannya.
Akhir sekali, jahit tindihkan di bahagian luar.
Siap!
Eh, dah siap dah. Senangnya cara buat baju anak guna baju terpakai, bukan? Comel pula hasilnya!
Ini beberapa hasilnya lagi. Cantik kan?
Memang Berbaloi!
Menarik juga sekali-sekala membuat projek begini. Walaupun ‘recycle’ hasilnya menakjubkan. Boleh tambah sentuhan kreativiti masing-masing, bergantung pada jenis baju yang digunakan.
Memang berbaloi membuatnya. Lagi seronok bila dapat tengok anak pakai hasil buatan sendiri.
Kalau sesiapa nak kongsikan hasil tangan mereka, amat dialu-alukan!
*Sumber asal perkongsian ini adalah oleh Puan Afifah Nazri dari Kaisara Couture. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Semoga bermanfaat!