Mesti ramai antara kita yang teragak-anak nak bawa anak kecil pergi menunaikan umrah kan?
Yalah, dalam hati mesti terlintas, “Bolehkah nak beribadah? Meragam nanti macamana? Apa yang nak kena bawa dari Malaysia?”
Tahu-tahu sajalah, nak pergi umrah bukannya dekat. Kalau ada masalah, takut kekok pula nak menghadapinya.
Di sini, kami berbesar hati apabila Puan Ain Soalati sudi berkongsi tips umrah bersama anak kecil.
Jom baca!
Perkongsian 15 Tips Umrah Bersama Anak Kecil
Amjad Hawari 3 tahun 3 bulan.
Diapers free.
Trip pertengahan Mac 2016
KL- RIYADH – MADINAH – MAKKAH
Semoga sedikit tips ini bermanfaat untuk kawan-kawan yang berhajat membawa anak kecil menunaikan umrah. Ini perkongsian yang biasa-biasa saja dari seorang yang sedikit saja pengalaman menjejakkan kaki di sana. Moga ada kebaikan.
1. Doa
Doa sebelum pergi sana lagi. Solat hajat.
Moga Allah lindung dan tolong kita sepanjang di sana. Doakan secara terperinci – Moga sihat. Moga kuat. Moga larat. Moga tahan cuaca apa saja. Moga makan apa saja yang ada. Dan lain-lain lagi.
Memandangkan Amjad dah betul-betul diapers free sejak 2 tahun 10 bulan, doa juga moga dia dapat tahan nak buang air besar kalau waktu toilet jauh atau perjalanan dalam bas. Moga dia tak terkencing dalam masjid. Ha… Doa macam tu.
2. Persiapan Mental
Seminggu sebelum berangkat kami banyakkan bercakap-cakap dengan Amjad tentang Madinah dan Mekah. Tentang masjid. Tentang kaabah. Tentang tawaf. Tentang makam Nabi. Kisah-kisah Nabi.
Tunjukkan video dan gambar-gambar di sana, terutamanya gambar budak-budak yang dah pernah pergi sana.
Cakapkan, “Nanti Amjad macam ni juga. Pakai ihram macam ni. Duduk masjid macam ni…” terpulang kepada kreativiti masing-masing.
Bila sampai sana nanti, dia akan teruja dan akan ulang-ulang apa yang kita sebut sejak di Malaysia lagi.
3. Penerbangan Yang Lama
Perlu ada persiapan mental juga untuk penerbangan yang panjang masanya.
Alhamdulillah hasil didikan travel sebelum ini, part naik aeroplane lama-lama ni Amjad tiada masalah.
Sampai kami kena sorok dulu part ini. Sehari sebelum baru kami inform dia. Kalau tak, asyik tanya je “bila nak naik aeroplane..aeroplane dah datang ke…” Allah.. pandai plak sendiri jawab “aeroplane mahal…tak boleh naik selalu”.
4. Busy Bag
Bila dah naik kapal terbang, ibu boleh rehat sebab dia pandai layan diri. (hehe)
Tapi, ibu sediakan juga satu busy bag dia.
Di dalamnya ada:
- Lego
- Cars
- Block
- Puzzle
- Drawing board yang boleh padam-padam tu.
Kebanyakannya ibu beli di kedai Mr DIY dan mainan yang sedia ada.
Bawa masa naik kapal terbang dan masa pergi masjid. Bagi main sejenis dulu. Apabila bosan, baru keluarkan lagi yang lain.
5. Ubat.
Aku senang bawa First Aid Kit ini.
Pergi travel sebelum ini pun memang bawa yang ini saja.
Semua ada dalam – Ubat demam, strepsils ,ubat cirit birit, ubat punggung kalau suhu tinggi, handy plast dll. Semua sumbat. Senang cari.
Setiap kali nak travel, check ubat-ubat ni.
6. Stroller
Stroller yang sedia ada selesa tapi agak besar, berat, makan ruang apabila dilipat.
Jadi, stroller baru ini dibeli dekat Aeon Big Rm100. Alhamdulillah, senang.
Walaupun tak selesa macam stroller sedia ada tapi asal Amjad boleh duduk dan tidur dalam tu, kira ok dah. Ibu abahpun senang nak bawa.
Stroller tak boleh bawa masuk dalam masjid. Jadi, kena soroklah mana-mana area luar masjid.
Masjid Nabawi – Kami tak sorok. Kami buat giliran masuk masjid. Bila giliran jaga anak, solat bawah payung saja dengan Amjad di sebelah duduk dalam stroller. Suami dah pernah datang sini 10 tahun lepas, jadi banyak dia dahulukan aku untuk solat dalam masjid. Bonus untuk aku.
Makkah– kami suka solat dalam masjid. Stroller kami tinggal je dekat luar. Nampak ada orang letak stroller, kami pun park tempat sama.
Tapi ada sekali tu stroller hilang!
Dalam hati…‘siapalah yang ambil ni…’
Walaupun stroller murah je tapi sangatlah berguna buat kami. Kalau nak ke masjid memang wajib bawa. Amjad dah menangis tanya stroller dia mana.
Terus doa kalau ada rezeki stroller tu jumpa kembali walaupun jauh sudut hati rasa macam mustahil je dengan lautan manusia di situ..
Esoknya masa pergi solat maghrib, kami keluar lewat, terpaksa solat di luar. Celah-celah kabin, sekali tengok-tengok ada stroller Amjad kat situ.
Mashaallah…. Tak tahu nak kata apa. Syukur & happy.
Jadi, mungkin satu lagi tips kalau stroller hilang, boleh try cari dekat belakang ladies’ toilet yang berdepan dengan bangunan Menara jam tu. Banyak stroller lain mereka lambakkan di situ.
7. Baby Carrier
Kami guna masa tawaf sahaja. Wajib bawa tau sebab selesa tawaf sambil gendong anak kita. Kalau berhimpit pun dia masih inshaallah selamat dengan kita.
Boleh juga nak pinjam wheelchair masjid, tapi suami malas nak tolak-tolak dan makan ruang juga bila tawaf. Jadi, baik gendong saja.
Satu lagi, takut terlanggar kaki orang depan. Kecuali kalau nak tawaf tingkat 2/3, lengang sikit.
Memandangkan ramai yang bertanya bab boleh ke pakai baby carrier ni masa tawaf umrah. Ya, boleh. Sebab ustaz kata baby carrier tidak termasuk dalam pakaian.
Buat pengetahuan juga, masa sampai sahaja Makkah, aku tak terus ikut jemaah untuk tawaf. Suami aku buat dulu. Sebab sampai dah tengah malam, Amjad pun dah tidur. Aku pun rehat sekalilah, himpun daya untuk esok.
Esoknya, suami bawa aku dan Amjad tunjukkan cara-cara nak tawaf, saie dan bertahallul. Kira mutawif importlah ni hehe.
Jadi sebab tu dalam pic ni suami tak pakai ihram dah..sebab ni hanya tawaf sunat baginya. Kalau pakai ihram, pakai baby carrier lagi, mencabar juga aku rasa.
Jadi tipsnya, tak perlu kalut-kalut bila sampai Makkah tu. Inshaallah ada masa untuk sempurnakan rukun umrah.
Cuma kena jaga sikitlah pantang larang dalam umrah.
8. Makanan
Bab makan ni aku tak ada prepare sangat dari Malaysia. Memang travel sebelum ini pun dah latih Amjad makan apa saja yang ada di destinasi yang dituju.
Cuma masa dia belum 1 tahun je aku bekal macam-macam.
Nak ke umrah ni aku bawa susu kambing wildan dia + 1 bekas air. Itu saja. Tapi kalau nak sediakan lebih lagi, bolehlah standby roti, biskut dan kudapan dari sini.
Madinah – kami menginap di Hotel Karam. Kedai runcit sebelah je. Sampai hotel Amjad awal-awal pergi kedai tu dulu. Hehe
Makkah – kami menginap di Hilton Towers & Hotel. Bawah tu sepanjang jalan nak ke masjid Haram memang kedaaaaiiii aje. Jadi Alhamdulillah, tiada masalah.
Sebelum masuk masjid, bawa bekal makan siap-siap. Tapi jangan nampak sangat makanan banyak-banyak tu. (hehe) Tutuplah sikit dengan baju ke apa.
Kami beli kebab / ayam goreng / nugget ayam / kentang untuk Amjad dan kami sekali kalau duduk masjid lama. Malas nak keluar bila dah masuk masjid. Sayang masa.
Susu pula bancuh sikit je dengan air panas. Sampai masjid top up dengan air zam zam.
Kudapan boleh beli kurma, buah tiin, kekacang dan macam-macam dekat kedai sepanjang nak ke masjid.
Travel umrah ini ibu paling seronok sebab tak perlu fikir bab makan hehehe. Semua halal.
9. Pakaian
Pakaian Amjad aku bawa extra. Sebab tak nak fikir bab baju tak cukup dan kena basuh baju. Lagipun baju dia banyakpun tak makan space.
Bawa;
- Baju sejuk 2 helai. In case terkotor, ada ganti.
- Baju tidur lengan panjang. Sejuk aircond. Hotel sejuk. Masjid lagi sejuk.
- Baju siang hari-hari pakai jubah je.
- Nak ziarah, pakai tshirt sebab cuaca panas. Tapi kena bawa baju sejuk ke mana-mana, sebab dalam bas sangatlah kuat aircond dia.
- Kalau tak ada jubah jangan risau. Beli dekat Madinah nanti. Murah sangat. Rm10 je sehelai. Cantik.
- Stoking.
- Pampers. (Mulanya aku tak nak bawa tapi aku bawa juga standby untuk kecemasan.)
Masjid Nabawi – senang nak pergi toilet luar masjid dekat je.
Tapi di Masjid Haram…Fuuhhhh…baik balik hotel terus daripada cari toilet haha. Jadi standby lah pampers. Kalau dia nak membuang, pakaikan. Tapi kena cakaplah sebab musababnya supaya dia faham.
Sebenarnya jarak hotel masa di Makkah taklah jauhpun, 200 meter sahaja. Tapi disebabkan pembinaan yang masih berjalan, adakala pintu yang kita masuk tu ditutup, jadi kena cari laluan lain pula. Tu yang jadi rasa jauh pulak bila nak balik.
Alhamdulillah selama di sana Amjad bila nak pergi masjid dia buang air kecil dan besar siap-siap. Dia tak request nak membuang pun walau duduk masjid lama-lama… Alhamdulillah.
Pampers tu sangat berguna masa kami pergi ziarah, Amjad kena cirit-birit. Allah….haru juga masa ni, tengah nak romantika dengan abahnya di Jabal Rahmah, sekali Pokteh beritahu Amjad terberak.
Terus pakaikan pampers lepas tu. Alhamdulillah 2 kali je dia cirit petang tu.
Bagi minum air zam zam… Biiznillah, baik dah. Mungkin minum oren jus banyak sangat malam tu, kasihan dia.
10. Beg Doraemon
Beg Doraemon ni bag serbaguna dan serba ada.
Dalamnya aku dapat sumbat:
- Pampers.
- Training pants.
- Krim pelembap
- Lip balm
- Instac camera
- Spray wuduk
- Susu amjad
- Bekal makanan
- Quran
- Mainan
- Pengenalan diri
- Pakaian Amjad in case of anything
- Dan lain lain lagi
Ibu memang akan bawa beg ini kemana-mana.
11. Rancang jadual ibadah
Bila ada anak kita tak bolehlah expect perjalanan ibadah kita macam orang yang pergi sendiri tanpa anak.
Macam aku dengan suami, plan. Malam sebelum tidur plan esok macam mana.
Nak keluar awal ke masjid sama-sama / suami pergi dulu then isteri pula. Zohor biasa panas sangat jadi suami yang pergi. Isteri dan anak rehat dulu. Nanti Asar baru keluar sama-sama. Stay sampai isyak. Part ni aku tak detailkan. Terpulang kepada keadaan family masing-masing.
Cuma banyakkan doa agar Allah bagi kita luangkan masa di masjid lama-lama dan dapat beribadah semaksimum mungkin. Mudah nak pergi masjid.
Ada sekali tu aku nak sangat solat asar di masjid. Amjad tidur. Suami pula agak keletihan hari tersebut. Kami bilik berlainan. Tak lama lepas tu mak aku balik shopping dan tolong jagakan Amjad. Dapatlah aku ke masjid. Alhamdulillah… Rasa sangat masa itu sekali lagi Allah kabulkan doa aku… :’)
12. Ihram
Amjad tak buat umrah. Ihram dia tu sekadar untuk photoshoot. Hihi. Maaflah duniawi sungguh.
Tapi kami punya excited, kami beli set ihram kanak-kanak. Rm 50. Oh sangat besar. Tapi takpe..boleh simpan.
Jadi kalau mommies nak pakaikan ihram juga nanti, beli tuala putih, kerat dua. Letak pin. Ada juga aku tengok yang kain tu dah dijahitkan getah. Senang sarung nanti tak londeh dah.
13. Gajet
Bab gajet kami prepare juga.
Kami letak siap-siap video Upin Ipin dalam phone abah. Masa duduk masjid lama-lama dan tak ada geng, Amjad bosan, baru kami bagi.
Dapatlah kita fokus ibadah sambil dia duk fokus Upin Ipin. hehehe.
Tap, kebanyakan masanya dia bermain dan bersosial sekejap-sekejap dengan kawan baru.
14. Fikirkan Aktiviti
Masa menunggu waku solat, buatlah apa-apa aktiviti juga pada anak kita.
Contohnya tukang ambil air am-zam. Dah penat dia berlari ke hulu ke hilir, waktu solat ada masa dia terlena, ada masa dia menangis.
Part ni aku confuse sangat kenapa Amjad menangis setiap kali ibu nak solat.
Abah solat dia tak nangis pun. Jadi, most of the time bila solatAmjad stay dengan abah. Ibu menyorok ke saf belakang. Ada juga masa tak sempat menyorok, start je nak menangis, ada jemaah lain bagi makanan dekat Amjad.Terus senyap. Banyak kali juga. Alhamdulillah…thank you Allah.
15. Barakah Anak
Setelah segala tips dikongsikan, akhirnya back to basic.
Niat. Pengharapan. Positive thinking and words. InshaAllah. selalu ingat bawa anak ke umrah bukan beban, bukan susah, bukan masalah, tapi kita yang menumpang barakah anak.
Bersamanya di sana Allah banyak tolong ibu dan abahnya. Diakan Ahli Syurga :’)
Semoga Bermanfaat!
Demikianlah tips umrah bersama anak yang dicoretkannya cukup terperinci dan tentunya sangat berguna supaya membantu ibu bapa lebih bersedia.
*Puan Ain Soalati merupakan seorang ibu dan home baker #CuteCookiesShop. Dia juga mengendalikan baking class di rumahnya di Kota Kinabalu. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi beliau menerusi facebook Ain Soalati. Perkongsian asal daripada laman Facebook beliau ini diterbitkan semula dengan kebenaran.