Musim cuti sekolah hampir tiba, anak-anak juga dah bosan melancong di Semenanjung. Apa lagi, tempah saja penerbangan ke Sabah yang mempunyai banyak tempat pelancongan untuk seisi keluarga. Ini merupakan tempat-tempat menarik untuk membawa keluarga ‘explore’ Ibu Negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu.
1.Kampung Budaya Mari-Mari, Sabah
Sabah mempunyai banyak budaya yang sangat berbeza berbanding di Semenanjung. Untuk dedahkan anak-anak anda dengan pelbagai jenis budaya dan kaum di Sabah, perkampungan Mari-Mari adalah tempat yang sesuai. Bukan itu sahaja, anak-anak juga boleh melihat cara hidup suku kaum Dusun, Lundayeh, Murut, Bajau dan banyak lagi.
1.Harga Dengan kenderaan
Bukan Wargenegara
- Dewasa: RM 180.00 Seorang
- Kanak-Kanak : RM160.00 Seorang
Warganegara
- Dewasa : RM150.00 Seorang
- Kanak-kanak: RM 120.00 Seorang
2. Harga Tanpa Kenderaan
- Dewasa : RM98.00 Seorang
- Kanak-kanak: RM 83.00 Seorang
Kanak-kanak Bawah 4 Tahun adalah percuma.
2.Muzium Negeri Sabah
Muzium adalah tempat yang sangat sesuai untuk mempelajari sejarah sesebuah negeri dengan lebih dalam. Selain itu, di luar muzium akan memaparkan janis jenis rumah traditional suku kaum orang asli di Sabah.
Harga
- Warganegara – RM2.00
- Bukan Warganegara – RM15.00
Warganegara sahaja:
- Murid beruniform – percuma
- Orang kurang upaya – percuma
- Warga emas – percuma
- Pemandu teksi – percuma
3.Wildlife Taman Lok Kawi
Terletak kira-kira 25KM luar bandar Kota Kinabalu, Taman Lok Kawi mempunyai banyak hidupan liar seperti orang utan, gajah Borneo Pygmy, beruang matahari Malayan dan banyak lagi. Di taman ini, anak-anak dapat kenal dan belajar banyak informasi tentang binatang-binatang ini.
Warganegara
- Dewasa: RM 10.00
- 3 Tahun – 17 Tahun : RM 5.00
- Warga Tua (60 Tahun ke atas) dan OKU : Free
Bukan Warganegara
- Dewasa: RM 20.00
- 3 Tahun – 17 Tahun : RM 10.00
- Warga Tua (60 Tahun ke atas) dan OKU : Free
4.Berkelah di Tanjung Aru
Berkelah di tepi pantai merupakan aktiviti yang sangat sesuai dilakukan bersama keluarga. Sambil menunggu matahari terbenam, anak-anak juga boleh bermain pasir dan air laut.
5.Menaiki Bot di Kampung Sambah
Kampung Sambah terletak di Tuaran di mana kira-kira 40 minit dari Bandar Kota Kinabalu. Kampung Sambah adalah perkampungan terapung untuk suku kaum Bajau. Selain dedahkan budaya suku kaum Sabah kepada anak-anak, mereka juga dapat melihat pemandangan kelip-kelip pada waktu malam.
6.’Water rafting’ di Sungai Kiulu
Aktiviti ‘water rafting’ mungkin terlalu ekstrem buat anak kecil. Jika bermalam di Kiulu Farmstay, mereka mempunyai banyak aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak seperti pancing ikan, menanam padi dan juga menoreh getah.
7.Tunggang Kuda di Sabandar
Bandar koboi terletak kira-kira 40 minit dari bandar Kota Kinabalu. Selain menunggang kuda, mereka juga menyediakan kereta-kereta vintaj dan kandang-kandang kayu yang sangat sesuai untuk bergambar.
*Menarik kan? Pastinya anda akan dapat ‘explore’ banyak pengalaman baru!:)