Famili

11 Beranak ‘Ditemui’ Hidup Dalam Keadaan Daif Pondok Usang Tanpa Dinding, Tiada Elektrik & Air

sumbangan asas

Tular di laman media sosial apabila orang ramai terkejut melihat sepasang suami isteri dari Sabah terpaksa hidup dalam keadaan daif bersama sembilan orang anaknya di sebuah pondok usang tanpa dinding sejak 18 tahun lalu. Malah, selama ini tiada siapa pun hadir memberikan sumbangan asas kepada mereka…

Namun, kesusahan yang dialami oleh pasangan yang dikenali sebagai Aidil dan Vernnah didedahkan oleh aktivis kebajikan, Adrian Edy yang menziarahi mereka pada 31 Oktober lalu.

Baca juga: Janna Nick Menangis, Terkilan Suami Dituduh Banyak ‘Hormon Perempuan’ Jadi Punca Lambat Dapat Anak

18 TAHUN DUDUK PONDOK USANG, ORANG TAMPIL BAGI SUMBANGAN ASAS & LAIN-LAIN

sumbangan asas

Menurut Adrian di laman Instagramnya, pendapatan bulanan pasangan ini tidak menentu memandangkan Aidil bekerja sendiri dengan membantu membersihkan kebun penduduk setempat.

Apa yang lebih menyedihkan, pondok yang dihuni 11 isi sekeluarga itu tidak mempunyai bekalan elektrik serta air di mana mereka akan pergi ke sungai berhampiran rumah untuk membersihkan badan.

“Sudah 18 tahun mereka tinggal di situ, sejak kak Vernnah kahwin dan melahirkan anak pertama mereka, mereka sudah pun tinggal di situ, rumah mereka tiada elektrik, tiada bekalan air, ibarat sebuah pondok kecil sahaja.

“Mereka mandi di sungai berdekatan rumah, suami kak Vernnah, abang Aidil kerja sendiri bantu bantu bersihkan kebun orang, itupun tidak tentu juga, kalau ada orang panggil kerja, adalah pendapatan untuk beli makanan.”

sumbangan asas

Hati siapa yang tidak simpati dengan keadaan keluarga yang serba kekurangan ini jadi, Adrian telah menghulurkan sumbangan kelengkapan rumah seperti memasang lampu solar, kipas solar, tilam serta bekalan makanan bagi meringankan beban mereka. Malah, difahamkan juga bahawa Adrian membantu menanggung kos pembelajaran anak-anak Aidil dan Vernnah dengan harapan mereka dapat mencapai cita-cita yang diidamkan.

DAH DAPAT LAMPU & KIPAS SOLAR..

“Syukur kita bantu pasangkan lampu solar, kipas solar, berikan tilam, bantal dan beri bekalan makanan buat mereka, kalau mereka mahu keluar ke kedai beli barang makanan memang jauh.

“Rasa sedih sangat bila nampak rumah mereka kosong sahaja, hanya ada baju baju, tilam dan bantal memang tiada, mereka tidur di atas papan sahaja setiap hari, belajar pun kadang tidak dapat belajar kalau malam sebab tiada lampu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adrian yang sanggup datang memberikan pertolongan walaupun kediaman mereka jauh daripada orang ramai.

Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menyumbang untuk Misi Bantuan yang seterusnya boleh sumbangkan ke butiran di bawah:

Nombor akaun: 160296035359
Nama: Adrian Edy
Akaun: Maybank

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adrian Edy (@adrianedy7)

*Sesusah-susah diri kita tetaplah bersyukur kerana ada orang yang lagi susah dari kita tanpa disedari…

Baca juga: Pelik Murid Jalan Terseret-Seret, Rupanya Kasut Disumbat Kertas, Guru Simpati Terus Belikan Baru

Sumber: Instagram @adrianedy7

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×