Famili

5 Panduan Pergi Bercuti Ini Penting Untuk Semua Ingat, Terutama Pada ‘Waktu’ Begini!

9
SHARES
panduan pergi bercuti

Biarpun hendak pergi bercuti, anda juga perlu beringat bahawa Covid-19 masih berlegar dan lokasi yang bakal dikunjungi tidak berisiko dari bencana. Justeru itu, di bawah terdapat 5 panduan pergi bercuti yang dikongsikan Mohd Fhais Salim. Semoga ia bermanfaat!

Baca juga: 7 Tips TRAVEL SOLO Buat Wanita, Perkara Do & Don’t Anda Perlu Patuh!

PANDUAN PERGI BERCUTI

Ini panduan jika nak pergi bercuti pada ketika ini.

1. Memakai topeng pelitup muka

Pakai mask please, kes Covid-19 dah semakin meningkat. Memang ramai orang lupa pasal covid ini, tapi covid tak perlu lupakan korang.

2. Cari makanan halal

Cari lah makanan yang halal dan toyyiban, jangan meluru masuk kedai viral atau ramai orang. Tak semuanya ada halal tu.

3. Periksa kawasan bakal dikunjungi

Semak dulu tempat sebelum nak pergi mana-mana, ini musim tengkujuh ada negeri yang dah banjir. Dan juga ada kawasan-kawasan yang berisiko tanah runtuh.

4. Berbelanja dengan bijak

Jimat cermat. Tahulah cuti setahun sekali tetapi perbelanjaan yang setahun depan tu jangan lupa, enjoy sehari setahun merana nanti.

5. Bersedekah

Jika ada rezeki lebih, sumbanglah seringgit dua kepada mereka yang memerlukan. Nampak orang minta derma, jangan perlekeh tapi prihatin dan empati. Rezeki kita bukan milik kita seorang ya.

Baca juga: Jom Bawa Anak-Anak Ke 15 Destinasi Riadah KL Ini, Tentunya Dekat Dengan MRT & LRT!

KES COVID-19 MENINGKAT

Sementara itu, semalam berita melaporkan jangkitan baharu Covid-19 telah melonjak naik kepada 8,000 kes. Di mana, ia menjadikan jumlah keseluruhan bilangan jangkitan bagi tempoh 10 hingga 16 Disember adalah 20,696 kes.

Justeru itu, penulis ingin menyarankan kepada orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi, apabila anda berada di tempat awam dengan memakai topeng pelitup muka dan penjagaan diri yang lain.

Baca juga: Hati-Hati 7 Jenis Penyakit Keturunan Yang Boleh Diwarisi Anak, Segera Dapatkan Rawatan!

Sumber: Mohd Fhais Salim / Sinar Harian

FT Image: lifestylememory

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×