Ibu bapa yang sedang merancang percutian keluarga atau aktiviti bersama anak-anak boleh mula membuat persiapan apabila cuti sekolah bulan Ogos Penggal 2 bagi sesi akademik 2026 semakin hampir.
Tarikh cuti sekolah adalah berbeza mengikut negeri yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan jadual cuti sekolah yang boleh dijadikan rujukan.
Baca juga: Semakan Keputusan Prasekolah KPM 2027 Dibuka Mulai 5 Ogos! Ini Cara Semak & Buat Rayuan
CUTI SEKOLAH BULAN OGOS SESI AKADEMIK 2026
Cuti sekolah bagi Kumpulan A bermula pada 30 Ogos hingga 6 September 2026, manakala sesi persekolahan akan dibuka semula pada 7 September 2026 (Isnin).

Negeri Kumpulan A:
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
– 29 Ogos 2026 | Sabtu | Cuti hujung minggu |
– 30 Ogos 2026 | Ahad | Cuti sekolah |
– 31 Ogos 2026 | Isnin | Cuti sekolah |
– 1 September 2026 | Selasa | Cuti sekolah |
– 2 September 2026 | Rabu | Cuti sekolah |
– 3 September 2026 | Khamis | Cuti sekolah |
– 4 September 2026 | Jumaat | Cuti sekolah |
– 5 September 2026 | Sabtu | Cuti hujung minggu |
– 6 September 2026 | Ahad | Cuti hujung minggu |
– 7 September 2026 | Isnin | Sekolah dibuka semula |
Bagi negeri Kumpulan B pula, cuti sekolah bermula pada 30 Ogos hingga 3 September 2026, dengan sesi persekolahan dibuka semula pada 6 September 2026 (Ahad).

Negeri Kumpulan B:
- Johor
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
– 28 Ogos 2026 | Jumaat | Hari persekolahan |
– 29 Ogos 2026 | Sabtu | Cuti hujung minggu |
– 30 Ogos 2026 | Ahad | Cuti sekolah |
– 31 Ogos 2026 | Isnin | Cuti sekolah |
– 1 September 2026 | Selasa | Cuti sekolah |
– 2 September 2026 | Rabu | Cuti sekolah |
– 3 September 2026 | Khamis | Cuti sekolah |
– 4 September 2026 | Jumaat | Hari persekolahan |
– 5 September 2026 | Sabtu | Cuti hujung minggu |
– 6 September 2026 | Ahad | Sekolah dibuka semula |
Tempoh cuti sekolah ini boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak sama ada dengan bercuti, pulang ke kampung atau menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka.
Bagi yang merancang perjalanan jauh, pastikan tempahan penginapan dan pengangkutan dibuat lebih awal bagi mengelakkan kesesakan sepanjang musim cuti sekolah.
Baca juga: Trend Susukan Anak & Selfie Di Tempat Awam Jadi Isu, Ramai Kata Perbuatan Tak Manis… Apa Kata Islam?
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
