Artikel kali ini penulis ingin kongsikan petua halau tikus dengan menggunakan 7 bau ini. Selain memasang perangkap, bau-bau ini juga sangat dibenci oleh tikus.
Jangan biarkan rumah anda dipenuhi dengan tikus kerana boleh menjejaskan kesihatan diri. Ikuti perkongsian penuh mengenai petua halau tikus menggunakan 7 bau.
Baca juga: Rahsia Orang Dulu-Dulu Untuk Pokok Berbuah Lebat & Tak Ada Serangga, Kena Letak Bekas Ini!
PETUA HALAU TIKUS GUNA 7 BAU INI, CONFIRM TAK DATANG
1. Lavender
Minyak esensial lavender mengandungi komponen seperti linalool dan linalyl acetate yang membuatnya mempunyai bau yang kuat dan unik.
Bau yang kuat ini berkesan untuk menghalau tikus dengan cara meletakkan sachet lavender kering atau kapas yang telah diletakkan minyak lavender di kawasan yang sering dilalui tikus.
2. Rempah ratus
Petua halau tikus selanjutnya adalah dengan menggunakan rempah ratus. Aroma kuat dari bunga cengkih, kayu manis, buah pala, bunga lawang dan lada membuatkan tikus tidak ‘berminat’ untuk datang.
Jadi, boleh letakkan beberapa jenis rempah ratus di dalam satu bekas dan biarkan di kawasan yang sering didatangi oleh tikus.
3. Petua halau tikus – cuka putih
Cuka putih mempunyai bau yang kuat dan ia akan membuatkan tikus tidak suka. Anda boleh rendamkan beberapa bola kapas ke dalam cuka putih dan letakkan di satu kawasan.
Menambah cuka putih membuatkan tikus berasa seperti ada sesuatu yang baharu dalam persekitaran mereka dan ditafsirkan sebagai ancaman.
4. Minyak daun pudina
Petua halau tikus menggunakan bau yang seterusnya adalah minyak daun pudina. Bau ini boleh membuatkan rumah berbau harum, tetapi jika tikus menghidunya, ia boleh mengganggu mereka.
5. Serai
Citronella atau serai bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi ia juga boleh menghalau tikus kerana aromanya yang sangat kuat.
Jadi, anda boleh mengguna minyak essential serai di rumah untuk menghalau tikus.
6. Petua halau tikus – bawang putih
Bawang putih juga boleh mengeluarkan aroma yang mampu untuk menghalau tikus daripada berleluasa di rumah. Ini adalah kerana kandungan allicin dalam bawang putih, yang memberikan baunya tersendiri.
Anda boleh menggunakan bawang putih dan bawang merah untuk membuat semburan penghalau tikus. Cara-caranya adalah:
– Didihkan empat gelas air.
– Masukkan satu bawang besar dan 2-4 ulas bawang putih.
– Kecilkan api dan reneh selama 5 minit.
– Tutup api dan biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
– Tapis adunan dan masukkan baki air ke dalam botol semburan.
– Sembur di kawasan yang sering dinaiki oleh tikus.
7. Kapur barus
Kapur barus mengandungi bau naftalena kimia yang sangat dibenci oleh tikus. Namun, diingatkan agar anda perlu berhati-hati jika ingin menggunakan kapur barus atau bahan kimia lain untuk menghalau tikus.
7 bau di atas ini merupakan salah satu petua halau tikus yang berkesan dan boleh anda cuba. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Nenek Ajar Cara Kilatkan Sudu Guna 2 Bahan, Berkilat Macam Baru Beli!
Sumber: Orami