DIY & Kraf

Cara Paling Mudah Cuci Pelapik Dalam Kasut, Baru Kaki Tak Berbau Busuk!

4
SHARES
PELAPIK KASUT

Pelapik kasut atau insole jika dibiarkan tanpa mencuci akan menyebabkan bau busuk. Hal ini sudah tentunya boleh mengganggu orang sekeliling dengan bau yang tidak menyenangkan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mencuci pelapik kasut dengan beberapa cara seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: 5 Bahan Di Dapur Boleh Guna Untuk Cuci Baju, Kesannya Memang WOW!

INI CARA MUDAH CUCI PELAPIK KASUT, BARU KEKAL WANGI

PELAPIK KASUT

Sekiranya pelapik kasut agak sukar untuk ditanggalkan, boleh cuba cara ini:

– Buka tali kasut dan ambil pengering rambut.

– Setkan suhu paling panas dan biarkan seketika sehingga gam pelapik kasut cair.

– Bila gam sudah mula cair, tarik perlahan-lahan pelapik kasut bermula dari tumit hingga ke bahagian jari.

Cara mencucinya adalah seperti di bawah.

1. Guna berus 

Caranya mudah sahaja, anda hanya campurkan sabun pencuci pinggan  ke dalam besen dan rendam pelapik kasut. Kemudian, ambil berus berbulu keras atau lembut, gosok di permukaan atas untuk menghilangkan segala kotoran.

Setelah itu, bilas menggunakan air bersih dan biar sehingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam kasut.

2. Guna cuka

Jika pelapik kasut anda berbau, boleh cuba mencucinya menggunakan cuka. Caranya sediakan air sabun dan campurkan sedikit cuka.

Kemudian, rendam insole selama tiga jam agar cuka dapat menghilangkan bau busuk. Setelah itu, ambil sedikit pencuci pinggan dan gosok menggunakan berus secara perlahan-lahan.

Setelah itu, bilas dan keringkan seperti biasa.

Sekiranya pelapik kasut tidak dapat ditanggalkan, anda boleh cuba membuat semburan sendiri seperti di bawah.

– Campurkan pencuci pembasmi kuman dan air ke dalam botol semburan.

– Goncang sehingga sebati dan sembur ke dalam kasut.

– Tabur baking soda dan biarkan semalaman.

– Lap sehingga bersih dan kasut anda akan kembali bersih serta wangi.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Ini Cara DIY Sabun Cuci Lantai, Sekali Mop Pasti Berkilat & Wangi!

Sumber: The Spruce

Kredit imej: REI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×