Nur

Baca Al-Quran Tanpa Suara Lebih Baik Jika Takut Dianggap Riak, Ini Penjelasannya

25
SHARES
BACA AL-QURAN TANPA SUARA

Sebagai seorang Muslim, membaca al-Quran sudah tentunya dapat meraih ganjaran pahala. Namun begitu,terdapat segelintir umat Islam yang baca al-Quran tanpa suara kerana risau timbul perasaan riak terhadap orang sekeliling.

Perkara ini diulas dengan lebih lanjut oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan terdapat beberapa pandangan yang anda perlu ketahui.

Baca juga: Budaya Sebar Kod QR Sendiri Untuk Minta Duit Raya Perlu Dihentikan….

BACA AL-QURAN TANPA SUARA ATAU SUARA KUAT LEBIH BAIK?

BACA AL-QURAN TANPA SUARA

Membaca al-Quran sudah tentunya satu ibadah yang dituntut. Jadi, terdapat beberapa adab ketika membaca al-Quran seperti yang disebutkan oleh para ulama.

Antaranya:

  • Menghadap ke arah kiblat
  • Duduk dalam keadaan sopan
  • Khusyuk dan tenang
  • Digalakkan untuk menutup aurat
  • Dibaca secara perlahan

Berdasarkan sebuah hadis, kelebihan membaca al-Quran secara perlahan adalah sama seperti kebaikan memberi sedekah secara sembunyi berbanding terang-terangan.

Rasulullah S.A.W bersabda:

الْجَاهِرُ بِالْقُرْآنِ كَالْجَاهِرِ بِالصَّدَقَةِ، وَالْمُسِرُّ بِالْقُرْآنِ كَالْمُسِرِّ بِالصَّدَقَةِ

Maksudnya: “Seseorang yang menjaharkan al-Quran (membacanya dengan suara yang kuat) adalah sama seperti seorang yang bersedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca Al-Quran secara perlahan adalah sama seperti seorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.”

Walau bagaimanapun, sekiranya membaca al-Quran dengan suara kuat untuk tujuan menghafal, menghindari sifat malas dan juga tidur, atau untuk menyegarkan diri dari perasaan mengantuk, ia dibolehkan kerana tidak menjadi satu masalah.

Membaca al-Quran dengan suara yang perlahan adalah lebih afdal bagi orang yang bimbang pada dirinya sifat riak. Adapun membaca dengan suara yang kuat pula afdal bagi orang yang tidak bimbang daripada sifat riak dengan syarat dia tidak mengganggu orang lain seperti orang yang sedang solat, tidur atau selain daripada keduanya.

Kesimpulannya, membaca al-Quran dengan suara pelahan adalah lebih afdal dan membaca dengan suara kuat perlu mengikut situasi serta keadaan pembaca.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Baca juga: Ustaz Abdul Somad Kongsi Doa Selepas Sembahyang Dalam Rumi, Senang Nak Baca

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×