Nur

Hukum Tulis Ayat Al-Quran Di Baju Untuk Jual, Jangan Fikir Untung Sahaja!

4
SHARES
AYAT AL-QURAN PADA BAJU

Zaman serba moden ini pelbagai reka bentuk baju boleh didapati di pasaran sehingga ada yang menulis ayat al-Quran pada baju. Lebih mengejutkan, ayat tersebut tidak dicantum hurufnya dan baris juga tidak diletakkan.

Perkara ini sudah tentunya menjadi tanda tanya mengenai hukum tindakan tersebut. Adakah dibenarkan untuk membuat sebegitu pada ayat suci al-Quran? Ini jawapannya…

Baca juga: PU Salman Jelas Dakwaan Baju Raya Warna Brick Orange (Jingga) Haram Dipakai

HUKUM TULIS AYAT AL-QURAN PADA BAJU UNTUK DIJUAL

AYAT AL-QURAN PADA BAJU

Imam al-Nawawi ada menjelaskan:

ويستحب نقط المصحف وشكله فانه صيانة من اللحن فيه وتصحيفه

Maksudnya: “Digalakkan untuk meletakkan titik dan baris pada mushaf bagi mengelakkan kesilapan bacaan dan sebutan” (Rujuk al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran: hlm 189)

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa para ulama amat mengambil berat sebarang perkara berkaitan dengan al-Quran. Hal ini agar kitab suci tersebut tidak dicemari dengan unsur-unsur negatif.

Jadi, perbuatan tulis ayat al-Quran pada baju dalam keadaan tidak lengkap atau dibuang baris adalah tindakan yang tidak elok. Hal ini dianggap menghina ayat suci al-Quran dan Islam melarang sebarang bentuk penghinaan.

Larangan ini dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmuk[2]:

“Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang merendah-rendahkan al-Quran atau apa sahaja yang terdapat di dalamnya, meletakkannya pada tempat yang kotor, mendustai dengan apa yang datang darinya sama ada hukum dan berita atau menafikan apa yang dibenarkan dengan membenarkan apa yang dinafikan serta meragui sesuatu daripadanya sedangkan dia tahu maka dia telah kafir.”

Kafir bagi mereka hukumnya jika dengan sengaja menghina dan mempersendakan al-Quran. Tambahan lagi, meletakkan tulisan al-Quran pada pakaian akan menyebabkan kalimah-kalimah suci ini terdedah kepada pekara yang boleh mencemarkan kesuciannya seperti dipakai oleh orang yang berhadas dan diletak atau dibawa pada tempat yang tidak sesuai.

Penulisan ayat al-Quran di mana-mana barang adalah harus hukumnya jika terpelihara dan dijaga dengan elok. Namun, tulis ayat al-Quran pada baju dikhuatiri boleh membawa kepada penghinaan

Jadi, perkara seperti ini perlu dielakkan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Jangan Memandai” – Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Anak Bayar Zakat Fitrah Ibu Bapa

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×